Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Sunday, April 14, 2013

SEMAK LOKASI MENGUNDI UNTUK PRU13 SECARA ONLINE

SEMAK LOKASI MENGUNDI UNTUK PRU13 SECARA ONLINE

 

Beberapa hari lepas, ia telah diumumkan berkenaan tarikh untuk pilihanraya di Malaysia, yang mana jatuhnya pada 5 Mei 2013 kelak. Dalam persediaan untuknya, salah satu perkara yang boleh anda ketahui dan menyusun perancangan anda bermula hari ini adalah dengan mengetahui lokasi dan pusat mengundi anda.

 

Untuk memudahkan pengguna, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menyediakan sebuah halaman khas, membolehkan pengguna untuk mengetahui dimanakah pusat mengundi seseorang itu.

 

Bagi menyemak sendiri, anda hanya perlu ke halaman khas di web rasmi SPR, dan kemudiannya memasukkan nombor kad pengenalan anda. Pengguna akan dipaparkan dengan pusta mengundi mereka melaluinya, sekaligus memudahkan anda mengetahui dimanakah anda akan mengundi pada hari pilihan raya kelak. – AMANZ.MY

Semak di : SPR – Semak PRU13

 

Sunday, February 17, 2013

CUEPACS KEMUKA CADANGAN KENAIKAN ELAUN PENJAWAT AWAM

Kuala Lumpur: CUEPACS dijangka mengemukakan beberapa cadangan berhubung kenaikan elaun penjawat awam dalam pertemuan kesatuan sekerja itu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Putrajaya, hari ini. 

Antaranya mengenai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA), tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan.  

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sebagai contoh CUEPACS mencadangkan supaya COLA diselaraskan kepada RM300, manakala ITP pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Omar berkata, mengenai tuntutan penginapan pula, pihaknya berharap ia akan ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 ketika ini, kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga.

“Jumaat lalu, beliau (Ali) mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji semula dan memandangkan kepemimpinan tertinggi CUEPACS mengadakan pertemuan bersamanya esok (hari ini), maka kita akan turut mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan.

 
“Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula perkara (elaun) itu, menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah melupakan soal kebajikan penjawat awam,” katanya kepada BH, semalam.
 
Tujuan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri.
 
Omar berkata, selain itu CUEPACS juga akan membincangkan secara terperinci mengenai penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka.
 
“Sebelum ini dimaklumkan bahawa mereka mungkin menerima kenaikan antara dua hingga lima peratus, bagaimanapun ia hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
 
“CUEPACS berharap kenaikan itu membabitkan semua kakitangan daripada kumpulan terbabit yang turut menyumbang kepada perkhidmatan awam. Kita juga akan berbincang mengenai peranan segelintir ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja,” katanya. 
Sumber 

Bina rumah anda di akhirat

SUATU hari, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan seorang ulama besar di Madinah bernama Abu Hazim Salamah bin Dinar. Khalifah bertanya kepadanya: "Wahai Abu Hazim, apa sebab yang membuat kami takut mati?"

Abu Hazim menjawab, "Sebabnya adalah engkau telah memewahkan rumahmu di dunia, dan meruntuhkan rumahmu di akhirat. Maka kamu takut berpindah dari rumah yang mewah ke rumah yang runtuh."

KISAH SEORANG WANITA YANG TERKENA BADI MAYAT

KISAH SEORANG WANITA YANG TERKENA BADI MAYAT |

Kisah ini telah diceritakan oleh Ustaz Azrin Abdul Karim melalui pengalamannya sendiri sebagai seorang pengamal perubatan Islam. Jom baca kisah kat bawah ni..

Suatu hari saya dikunjungi oleh pasangan suami isteri yang datang untuk mendapatkan rawatan. Ketika mereka datang si suami memapah isterinya dalam keadaan yang amat payah kerana isterinya tidak dapat berjalan. Kelihatan kaki dan tangan isterinya bengkak dan mengeluarkan bahang seperti orang yang kena demam panas. Isterinya tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata kerana menahan kesakitan yang amat sangat. Kedengaran dia hanya mengerang kesakitan.