Saturday, February 18, 2012

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

Sekadar Gambar Hiasan

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”


Rombongan 1
 
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2 
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3
 
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4 
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya


Rombongan 5 
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6 
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” 

Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. 

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.


Rombongan 7 
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. 

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.

Ceritera Seorang Pemuda



Kisah bermula di sebuah kampung..Dilihat seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid. 

Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia sekali lagi bangkit membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah dia sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab:
 
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
 
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..’

P/s : “Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .”

P/s/s : Dah baca jangan lupa share dengan kawan-kawan ye.. :)

Khasiat Buah Pisang Yang Tidak Diketahui Umum


Pisang merupakan buah tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya. Namun, mungkin korang tidak menduga bahawa sesederhana buah pisang yang biasa diketemu sehari-hari itu ternyata memiliki seribu macam manfaat, mulai dari perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang.

Berikut adalah senarai manfaat dan khasiat buah pisang:


1) Perlindungan Kardiovaskuler 
 
Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.
Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang, membantu penyakit hati. Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskuler lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari)

2) Menjaga Kesihatan Mata
 
Ketika kecil, orang tua korang tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik. Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata. Studi yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut. Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang akut ini.

3) Memperbaiki Tulang 
 
Mengkonsumsi pisang secara rutin akan membantu tubuh korang menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar korang. Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganism jahat. Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

4) Menyihatkan Ginjal
 
Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh. Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.


Beberapa Tips Tambahan: 
 
1.Makanlah pisang yang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria)
2.Jika korang ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar.
3.Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwich atau kerepek pisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat. Selain itu, korang juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar korang.

8 Makanan Terbaik Di Dunia

Antara makanan yang terbaik di dunia.. boleh diamalkan ni.. :)

1. Delima


Firman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99


2. Kismis

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ” Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”


3. Kurma

Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”


4. Habbatus Sauda’

Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim


5. Za’Faran

Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “


6.Madu

Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69


7. Zaitun

Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20


8. Buah Tiin

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”…

Sama2 kta mengamalkannya…

Hati-hati Jika Guna PC Di Cyber Cafe

Salam semua..aku rase entry ni sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe…Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..


Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.


Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. kredit to: prince91.com

Cuba Kira Ada Berapa Bulatan Dalam Gambar Ni

cuba tengok gambar di bawah ni.. agak-agak ada berapa jumlah bulatan?? haa..ce kira, ekekke


haa..cuba teke..ekeekek

50 Password Mudah Yang Selalu Digunakan

Kumpulan Gnosis pernah melancarkan serangan hacker berprofil tinggi pada rangkaian yang paling popular di dunia blog. Mereka mendakwa bahawa telah hack 1,3 juta password pengguna, 188,279 telah ditunjukkan kepada orang ramai. Ini adalah 50 password popular yg terlalu “lemah”. check it out~


Nampak tak carta kat atas tu, pengguna paling suka pakai password 123456. Penggunaan password yang tak selamat camtu boleh mengundang risiko kepada pemiliknya. Tak tau la sama ada diorang memang suka nombor tu atau diorang memang taktau pasal keselamatan dalam internet. Kalo hacker tu jenis baik macam Rilekscrew takpela sebab diorang ni hanya nk test-test je, kalau yg jahat-jahat tu abis la. Kemungkinan diorang akan guna akaun korang untuk wat jahat…

Untuk mengelakkan blog atau laman web sosial anda seperti facebook korang kena hack, jgn la pakai password yg mudah-mudah. Pakai la password yg “strong”. Strong maksudnya password korang tu adalah gabungan huruf dan nombor. Contohnya akudan375, nak hack password yg guna gabungan huruf dan nombor lebih susah. Jadi kalo sebelum ni korang tak pikir sgt soal password korang, lepas baca entry nie hati-hati la.

p/s: kepada yang guna password-password yang senang tu boleh la tukar yek.. jangan lupa bagitau rakan-rakan yang lain :)

Sumber  :  nizarazu