Tuesday, April 26, 2011

Hantar Fail Saiz Besar Pada Rakan

Assalamualaikum dan Apa khabar? :) 

Ada rakan penulis bertanya,
“Bagaimana menghantar fail yang kita tidak boleh attach melalui emel?”

Nota: Maksima fail yang dihantar melalui emel hanya 10MB sahaja. Itupun bergantung kepada penyedia emel.

Lalu, saya bertanya berapa saiznya dan apakah failnya. Jawapan beliau, ia sekitar 522MB, iaitu sebuah fail video berformat avi.

Antara penyelesaian-penyelesaian yang mungkin,


1) Kecilkan saiz video sama ada format rmvb, wmv atau mp4. 

Video dari sumber asal tidak boleh dikecilkan secara terus menjadi format yang terlalu kecil. Kebiasaannya, suara dan gambar akan menjadi tidak selari. (Baca: Suara dahulu, baru videonya atau terbalik)

Seeloknya, jika dari kamera video, kecilkan ia menjadi avi terlebih dahulu. Kemudian, baru tukar kepada salah satu format di atas. Boleh ditukar format video menggunakan Any Video Converter


2) Upload fail kepada penyedia fail online

Penyedia fail online atau lebih dikenali sebagai file sharing sites menyediakan ruang untuk kita upload fail yang bersaiz besar. Hanya kita perlu bertabah ketika proses upload berlaku kerana line Internet yang biasa-biasa.

Selepas fail itu selamat di-upload, kita hanya perlu memberikan link kepada rakan atau penerima yang berhak. Jika dengan Mediafire, kita boleh menetapkan fungsi password untuk menghalang penyalahgunaan berlaku.

Yousendit.com juga boleh digunakan dengan tujuan sama.

Apabila rakan kita klik link itu, dia akan download fail itu ke dalam komputernya. Selesai.


3) Burn ke dalam CD / DVD kosong dan pos!

Ini cara paling mudah sebenarnya, hanya ada kos yang terlibat :)  
 
Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment