Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Saturday, April 16, 2011

Pengundian bagi pilihan raya Sarawak bermula

KUCHING: Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 bermula jam 8 pagi ini di mana 961,433 pemilih berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi 71 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Undi pos bagi 18,363 pemilih telah dijalankan lebih awal. 

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang bertanding bagi penggal ketujuh memegang jawatan itu, mengetuai Barisan Nasional (BN) bertanding di semua 71 kerusi. 

Parti pembangkang DAP bertanding di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26 kawasan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49 kawasan), PAS (5 kawasan) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) (6 kawasan). Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas.

Sebanyak 27 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 23 kawasan (tiga penjuru), 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) manakala dua lagi (enam penjuru).


BN menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini manakala DAP enam kerusi, PKR (1 kerusi) dan PCM juga satu kerusi tetapi ketika itu bertanding atas tiket Bebas.


Pemilih akan mengundi di 1,748 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri yang keluasannya hampir menyamai Semenanjung Malaysia dan waktu pengundian berperingkat turut dilaksanakan kerana ada pemilih yang tinggal jauh di pedalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara lain menggunakan sekolah, rumah panjang, balai raya dan dewan sebagai pusat mengundi.

Pengundi paling ramai ialah di kawasan Pending (29,498 orang) manakala pengundi paling sedikit ialah di Ba'Kelalan (6,958 orang).

Helikopter akan digunakan untuk 15 pusat mengundi.

Pengundian ditutup pada 5 petang tetapi jauh lebih awal di kawasan pedalaman yang mempunyai jumlah pemilih yang agak kecil.

Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira 8 malam nanti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment