Berikutan isu pemanasan global yang menjadi perdebatan yang semakin hangat, beberapa kota utama di dunia telah bertransformasi ke arah menjadi bandar hijau yang menggunakan sumber tenaga yang mesra alam.
Berikut adalah 5 kota paling ‘hijau’ yang menggunakan tenaga alam dalam menyahut seruan kearah kehidupan yang lebih baik
1. Vancouver, Canada
Bandar yang pertama di dunia yang bakal menganjurkan sukan olimpik musim sejuk, menggunakan tema “sustainable”, memanfaatkan sampah elektronik sebagai medal, membina stadium yang berkonsep sangat “green”. Namun ini bukannya kerana olimpik musim dingin. Vancouver sememangnya sejak dari dulu telah menggunakan 90% keperluan elektrik kota ini dari sumber hidroelektrik, angin, matahari, dan kuasa ombak secara meluas untuk menjaga kelestarian kota ini. Vancouver dijangka menjadi kota paling hijau dibumi menjelang 2020.
Ini adalah salah satu kota hijau yang terkenal dengan taman mereka. Salah satu kota terbesar di Sweden dan benar-benar sebuah kota yang indah. Di kota ini anda akan menemui banyak orang berjalan kaki kerana di kota ini banyak lorong dibina untuk pejalan kaki. Kota ini sangat menitikberatkan soal pencemaran dan sentiasa berusaha mengelakkan ruang udara mereka dicemari.
Curitiba adalah sebuah kota di selatan Brasil. Ibu kota asalnya adalah lombong emas. Dari awal abad ke-19 telah menerima banyak imigran dari Jerman, Itali, dan Poland. Kota ini memiliki banyak sekali ruang hijau seperti taman dan kebun botani yang sangat indah seperti Bosque Alemão. Kota ini difokuskan untuk menjadi kota paling hijau dengan penduduknya disarankan untuk meninggalkan kenderaan mereka di rumah.
Kota pertama di AS yang membina laluan pejalan kaki yang terbaik dan mengesa penduduknya mengurangkan penggunaan kenderaan. Juga merupakan salah satu kota pertama yang berjanji untuk mengurangkan pencemaran dan memulakan pembinaan bangunan dengan bahan mesra alam
No comments:
Post a Comment