Monday, June 6, 2011

Semut Boleh Bercakap kah ??? Jom Kita fikirkan bersama.....


Kisah Nabi Sulaiman dengan Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh umatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdoa memohon kepada Allah s.w.t agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya.

“Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air- Mu, kabulkanlah permohonanku”, doa sang semut kepada Allah s.w.t. 

Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, “kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t telah mengabulkan permohonan seekor semut”. Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

     ___________________________________________________________________


Semut boleh bercakap ke? Jawapan saya, Ya boleh (setelah membaca beberapa artikel). Antara kisah-kisah yang menarik semut dalam Al-Quran direkodkan pada surah al-Naml, ayat 15-19.

[27:15]
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”.

[27:16]
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”.

[27:17]
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

[27:18]
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”,berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

[27:19]
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.



Selama ini, saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi dengan menggunakan signal-signal berbentuk kimia dan tidak menggunakan bunyi sebagai bentuk komunikasi mereka. Pendapat saintis ini adalah bercanggah sama sekali dengan ayat al-Quran seperti yang saya tunjukkan diatas kerana dalam ayat 16:18 dan 16:19, didapati bahawa semut bercakap (berkomunikasi dengan bunyi). Dan bunyi ini pula didengari oleh Nabi Sulaiman A.S. serta difahaminya dengan ilmu yang dikurniakan Allah S.W.T.



Saban hari, orang bukan Islam yang dengki dengan perkembangan Islam di dunia menggunakan maklumat ini untuk memperkecilkan Islam dan mengatakan bahawa Islam ialah agama yang kuno serta tidak saintifik. Contohnya boleh dilihat pada website:


Sebagai serangga yang bersosial pastinya semut mempunyai suatu cara untuk berkomunikasi. Para saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi menggunakan feromon (pheromones) sahaja. Mereka berpendapat bahawa apabila terdapat bahaya semut akan merembeskan feromon bahaya. (rujuk ‘alarm pheromones’ di http://en.wikipedia.org/wiki/Pheromone untuk keterangan lanjut).

Pada hari ini, kenyataan itu terbukti tidak benar apabila para saintis berjaya membuktikan bahawa semut juga berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk menggesa semut-semut lain untuk berasa dalam keadaan awas apabila terdapat bahaya




Artikel diatas membuktikan semut-semut sentiasa bercakap-cakap dalam frequensi yang sukar didengari oleh manusia. Semut permaisuri pula boleh memberikan arahan kepada semut-semut lain untuk berada dalam keadaan awas dengan menggunakan bunyi. Penemuan ini yang telah diterbitkan dalam jurnal Science telah menyanggah dakwaan pihak-pihak yang anti-Islam yang mengatakan bahawa semut tidak berkomunikasi dengan bunyi.

Beberapa lama apabila artikel ini telah diterbitkan dalam ‘The Times’, pihak-pihak yang anti-Islam tersebut telah menarik balik artikel mereka yang mempersendakan Islam. al-Quran yang mereka laporkan sebagai tidak benar dan tidak saintifik adalah begitu tepat. Mampukah Nabi Muhammad S.A.W. mengetahui bahawa semut juga boleh bercakap 1400 tahun dahulu? Inilah antara tanda-tanda/petunjuk/hidayah yang Allah S.W.T. berikan kepada kita dalam al-Quran. Kita tidak mungkin untuk mengetahui perkara ini tanpa membaca dan memahami ilmu dalam al-Quran.

Semut boleh berkomunikasi dengan bunyi, ada juga serangga-serangga lain yang tahu bahasa semut ini mengambil kesempatan ke atas semut. Contohnya arahan berbentuk bunyi dari semut permaisuri boleh dimimik oleh pupa dan larva rama-rama parasit yang mempergunakan semut untuk melindungi dan memberikannya makanan. Artikel ini turut membuktikan semut berkomunikasi dengan bunyi (bercakap).




Daripada kata kerja di atas didapati kata kerja yang digunakan menunjukkan bahawa semut yang memberikan arahan itu adalah semut betina.

Jika kita bandingkan dengan kajian-kajian terbaru yang dilakukan, didapati yang memberikan arahan adalah semut permaisuri iaitu semut betina. Soalnya disini ialah bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. 1400 tahun dahulu tahu bahawa semut yang memberikan arahan itu adalah semut betina iaitu semut permaisuri? Pada ketika itu tiada kanta pembesar, apatah lagi mikroskop dan pengetahuan genetik. Ilmu ini pastinya datang dari Pencipta kita yang Maha Mengetahui segalanya dan disampaikan kepada kita melalui Nabi Muhammad S.A.W. pesuruhNya.


Sedikit Fakta Tentang Semut
  • Semut merupakan haiwan yang paling dominan di Bumi. Hampir keseluruhan daratan adalah dikuasai oleh semut.  Semut boleh ditemui di dalam tanah, puncak pokok, kawasan pergunungan, Tundra malahan di Gurun Padang Pasir sekali pun.
  • Jika anda mencampakkan makanan ke tanah, semut adalah haiwan pertama yang akan menggapainya
  • Disekitar rumah anda, anda akan mendapati pelbagai spesis semut tinggal dan berkerja bersama-sama serta mempunyai tugas masing-masing
  • Semut telah ada di Bumi sejak 90 Juta tahun dahulu
  • Semut adalah haiwan yang penting didalam ekosistem di daratan


Spesis – spesis Semut

 Semut Pristomyrmex punctatus dengan aphid yang menjadi pasangan simbiosisnya

 Semut Crematogaster sp. bersama anaknnya 

 Semut Paratrechina longicornis saling berinteraksi
 
 Semut hitam Dolichoderus thoracicus di permukaan daun

 Sejenis semut perang yang merupakan perosak tanaman. 
Bentuk semut ini besar, berbisa dan 
biasa dijumpai di tanah pekuburan, bukit berwarna kemerahan.

kesan gigitan semut tersebut

No comments:

Post a Comment