Kisah yang paling terbaru ini pula adalah berkisah tentang seorang
ustaz yang mengalami pengalaman ngeri dalam mengurus seorang jenazah
lelaki yang baru meninggal dunia. Benar atau tidak kisah ini, hanya
Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan
pengajaran daripada kisah ini..
Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di
sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak
disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang
ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita
semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh
seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur,
selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah
lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam
jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya
tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit
jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya
serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’
sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh,
menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai
Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah
bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah
almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.
Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus
banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang
sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya
tersentuh.
Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan
takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur
dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh
anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua
orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah
yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka
setuju.
Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi,
sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan
mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut
untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut
almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari
tersebut,kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya.
Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal
itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali
terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut
perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor
ulat yang masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum
meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam
tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya
lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa
yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu
tadi, mereka juga terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”.
Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi
memanggil semua anak almarhum.
Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh
orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam
lagi berada di rumah.Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati
mereka.
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah
membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya,
tanggung jawab ada pada ahli warisnya.
Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah
bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian
meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah
ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu
kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.
Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang
luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa
dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu
saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya
meminta anak-anaknya kain kafan.
Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun
melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut
kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi
setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua
yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain
kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih,
maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau
saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya
ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.
Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau
dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau
hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada
hamba-Mu ini.”
Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi
masalah timbul,jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana
tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.
Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi
susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak
mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang
digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu
seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya
menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari
garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.
Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu
dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas
dia berkata dikhalayak ramai:
“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat
jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita
naik keretanya.”
Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita
yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang
punya van itu membawa kembali vannya.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki
itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit
membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,
muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan
oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju
kawasan pekuburan.
Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah
membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan
lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil.
Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah
yang terakhir amat memilukan.
Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga
orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.
Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa
jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya
keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.
Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk
saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa
mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau
mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan
keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia
tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah
yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam
telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya
berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya,
tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya
hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan
serapan air.
Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat
keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat
mungkin.
Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya
tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya.
Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh
almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin
dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi
sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi
saya.
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang
berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika,
seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang
Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata
bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta
alam ini. Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini,
tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada
diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?
No comments:
Post a Comment