KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan
sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
yang dijangka jatuh pada 19 Ogos ini.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang
perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan
raya," katanya.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.
"Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut," kata kenyataan itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment