Tahniah!! Bonus Sebulan Setengah Gaji Untuk 1.3 Juta Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan RM500!
Bonus sebulan setengah gaji :
Disebabkan angka kakitangan awam/ penjawat awam agak tinggi. Pastinya
rata-rata daripadanya dalam banyak-banyak intipati pembentang Bajet 2013
sebenarnya mata & telinga lebih terarah kepada pengumuman bonus
penjawat awam. Disebabkan Pilihanraya Umum ke 13 dapat atau tidak,
bukanlah persoalannya bukan? Tetapi, persoalan berapa banyak?
Itu
sebablah pengumuman bonus kakitangan awam akan diletakkan pada saat
terakhir pembentangan bajet kerajaan Malaysia. Sebelum in, Bonus
kakitangan awam yang paling tinggi yang pernah diberi kerajaan kepada
penjawat awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir
Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Pengumuman Bajet 2013 : Bonus Sebulan Setengah Gaji Kakitangan Awam
Petikan Pembentangan Bajet 2013 : Bonus Sebulan Setengah Gaji
Agak tricky juga pengumuman bonus Datuk Seri Najib kali ini kali ini. Bermakna di sini :
- Bonus setengah bulan gaji 1 : Bonus Raya 2012 (dah dapat)
- Bonus setengah bulan gaji 2 : Disember 2012 (bakinya)
- Bonus setengah bulan gaji 3 : Januari 2013 (bakinya)
- Jumlah yang akan adatang adalah bonus sebulan gaji sahaja.
Kemudian? Pembubaran Parlimen selepas selesai pemberian bonus dan bantuan-bantuan termasuklah bantuan 2.0 BR1M Malaysia!! Mungkin?
Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500.
6 Tuntutan CUEPACS untuk kakitangan awam dalam bajet 2013
Dan,
hasilnya dalam pembentangan Bajet 2013 semalam……Daripada 6 usul di
bawah ini terdapat beberapa usul Cuepacs mendapat respon balas kerajaan.
Antaranya :
1)
Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan
mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar harga
RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun
kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang.
Respon Kerajaan : Kerajaan bersetuju membina 123,000 unit rumah mampu milik di kawasan-kawasan strategik termasuk di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang) tahun 2013).
Respon Kerajaan : Pada masa kami mendengar dan meneliti pembentangan Bajet termasuklah melibatkan penjawat awam atau kakitangan awam, kami tidak mendengar sebarang pengumuman berkenaan dengan elaun perumahan. Nampknya gayanya, Cuepacs kena bekerja keras untuk mohon sekali lagi pembentangan Bajet 2014 pula….
3) Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam.
Respon Kerajaan : Dapat bonus sebulan setengah termasuk bonus setengah bulan yang telah diberikan semasa pemberian bonus raya 2012 sebelum ini
4)
Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember
2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun
dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar.
Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun
meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
5) Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
6) Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan
Respon kerajaan : Usul 4, 5 dan 6 pun dilihat tiada respon balas dalam pembentangan Bajet 2013.
P/S : Ada yang mengatakan mereka lebih suka diberikan elaun berbanding bonus semata. Masing-masing punya pandangan.
PP/S
: Paling pentingnya di sini, apa pendapat dan respon balas kakitangan
awam di sini berkenaan pembentangan Bajet 2013 kali ini?
No comments:
Post a Comment