Wednesday, June 29, 2011

Download Wallpaper Cantik


Sudah fitrah manusia, senang dengan keindahan. Apalagi bila keindahan itu dibarengi dengan nuansa religius alias dibingkai dengan keimanan kepada Allah Yang Maha Indah dan sumber segala keindahan. Di layar desktop komputer pun, sering dihiasi dengan berbagai wallpaper yang memanjakan mata terhadap unsur keindahan. Maka di sini, kami mencoba menghadirkan beberapa wallpaper cantik yang dibubuhi dengan pesan-pesan moral dan agama yang bersumber dari al-Quran, as-Sunnah maupun perkataan para ulama.

Silakan download dan pasang di komputer anda:

Software Al-Qur’an Gratis

Software Al-Qur’an Gratis : Murottal Syaikh Abdurrahman As-Sudais disertai Tajwid, Tafsir, Terjemah 13 Bahasa


 Software Murottal Syaikh Abdurrahman As-Sudais 30 Juz [ Murottal, Tajwid, Tafsir, Terjemah ke 13 Bahasa termasuk Bhs. Indo]


Bahasa:

Inggris, Prancis, Pashto, Persia, Indonesia, Mali, Turki, Jerman, Jepang, Rusai, China, Spanyol.

Al-Qur’an dan Tafsir

Teks Tafsir Al-Qur’anul Karim disesuaikan dengan Audio Murottal oleh Ibnu Katsir, Jalalain, dan Al-Qurthubi

Tajwid

Disertai juga pembelajaran tajwid disertai contoh dari ayat-ayat Al-Qur’an.

Lain-Lain

Memungkinkan bagi anda memilih surat tertentu, juga sebab turunnya di form pencarian… dan bisa langsung anda pencetakkannya.

- Daftar isi disesuaikan dengan Asbab Nuzul

 

Link Download

Tidak perlu terlalu lama lagi….  silahkan di download di link berikut



Kedua


Ketiga


Keempat


Kelima


Keenam


Ketujuh.

 

Jazakumullahu khairan untuk blog warisansalaf.wordpress.com

Saturday, June 18, 2011

Gerhana bulan penuh paling lama dalam 11 tahun

Gerhana bulan penuh paling lama dalam 11 tahun

RENTETAN empat gambar menunjukkan bayang bumi melindungi bulan sedikit demi sedikit sehingga berlaku gerhana bulan penuh awal pagi semalam.


KUALA LUMPUR 16 Jun – Lebih 1,000 pengunjung menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh paling lama dalam tempoh 11 tahun di pekarangan Masjid Negara di sini bermula pukul 4.13 pagi.

Wednesday, June 15, 2011

Fenomena gerhana bulan penuh esok ..

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap. 
 
"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi. 

"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. - BERNAMA

Thursday, June 9, 2011

Menamakan Anak

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. 

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, 
maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
 
a.
Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.


b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.


c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.


d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.


Di bawah ada satu senarai nama-nama untuk anak lelaki dan anak perempuan.

Nama-nama untuk lelaki

Nama-nama untuk perempuan


Ditukil dari buku : Koleksi Nama-Nama Indah Dalam Islam
Ja'far Al-Matahari Bin Abdul Rahman

Monday, June 6, 2011

Semut Boleh Bercakap kah ??? Jom Kita fikirkan bersama.....


Kisah Nabi Sulaiman dengan Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh umatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdoa memohon kepada Allah s.w.t agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sunday, June 5, 2011

15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia...

Mesti kebanyakan daripada kita semua bencikan kesesakkan jalanraya bukan? Sudah pasti ramai diantara anda semua akan menggunakan jalan alternatif untuk cepat mengelakkan perkara ini. Paku, angin lintang, runtuhan tanah, tertimbus dibawah ribut pasir, mungkin ini semua tidak terlintas difikiran anda bukan?

Sebenarnya di dunia, banyak jalan yang sangat sukar dan sangat BERBAHAYA telah dibina oleh manusia. Kerana apa? Why did the chicken cross the road… to get to the other side la..hehe 

Entri kali ini membawa anda jauh meneroka jalan paling berbahaya di dunia. Hold on to your seats, it’s gonna be a bumpy ride!

Mumia Paling Terkenal & Bersejarah Di Dunia

Mumia adalah mayat yang tubuhnya telah terawet  secara sengaja atau tidak sengaja, oleh bahan kimia dan juga  disebabkan oleh suhu, udara dan kelembapan yang sangat rendah. Mumia manusia dan haiwan banyak ditemui di seluruh dunia. 

Berikut ini adalah  mumia yang paling menarik dan sebahagian besar masih dapat dilihat sehingga sekarang.

Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna - UPDATE 9 & 10


Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna Mediafire Minggu 1 - 10

Sinopsis

Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Program Maharaja Lawak ini juga akan dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.
 
Genre
Comedy | Reality Show


Peserta
Jambu (Yus & Tauke), Man, Amir, XN3, R2, WAI (Idlan & Kechik), Jozan (Johan & Zizan), Balas, Jihan, Sepah, Alex, Nabil.


Wednesday, June 1, 2011

10 Bandar Mati Yang Paling Menakutkan...

Di bawah ini dipaparkan beberapa buah bandar  yang tiada  penduduk sama sekali kerana pelbagai bencana dan sebab yang lain, sehingga bandar  tersebut ditinggalkan. Bandar – Bandar  itu kini menjadi tempat yang ngeri  dan sering disebut Bandar Hantu atau Bandar Mati.

Ibu Kota Paling Hijau Di Dunia....

Berikutan isu pemanasan global yang menjadi perdebatan yang semakin hangat, beberapa kota utama di dunia telah bertransformasi ke arah menjadi bandar hijau yang menggunakan sumber tenaga yang mesra alam.

Berikut adalah 5 kota paling ‘hijau’ yang menggunakan tenaga alam dalam menyahut seruan kearah kehidupan yang lebih baik

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Demi mendapatkan sedikit  wang, orang – orang ini rela untuk  mengambil risiko dan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Kecekalan dan keazaman mereka memang dikagumi demi mencari  rezeki yang halal dan tidak melanggar undang – undang.