Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H






Salam Ma'al Hijrah

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah. AWAL Muharam atau Maal Hijrah merupakan hari bermakna bagi umat Islam kerana ia bersempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Wednesday, November 23, 2011

Mustajabnya Doa Dzun Nuun, Nabi Yunus...

Mustajabnya Doa Dzun Nuun, Nabi Yunus...

Tahukah Anda siapa Dzun Nuun? Nuun itu bermakna ikan. Dzun Nuun adalah sebutan untuk Nabi Yunus ‘alaihis salam yang pernah ditelan oleh ikan. Cobalah kita lihat wahai saudaraku, bagaimanakah mustajabnya do’a Nabi Yunus ‘alaihis salam

Hal ini pernah disebutkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah: LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN (Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat aniaya). Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah melainkan Allah kabulkan baginya.” (HR. Tirmidzi no. 3505. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Mengenai do’a Nabi Yunus ‘alaihis salam ini juga disebutkan dalam ayat,

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (87) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ (88)
Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah Termasuk orang-orang yang zalim." Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (QS. Al Anbiya’: 87-88)

Kenapa do’a Nabi Yunus mudah diijabahi?

Karena dalam do’a beliau tersebut terdapat pengakuan pada ketauhidan Allah ‘azza wa jalla dan pengakuan terhadap setiap dosa, kesalahan dan kezholiman yang diperbuat diri sendiri.

Intinya dalam do’a Dzun Nuun ini ada tiga keistimewaan:

1.       Pengakuan tauhid.
2.      Pengakuan akan kekurangan diri.
3.       Berisi permohonan ampun (istighfar) pada Allah

Sudah sepatutnya bagi setiap hamba yang mengalami kegelisahan dan kesedihan untuk banyak-banyak mengulang do’a ini dan menambahkan dalam setiap do’anya. Niscaya Allah  pun akan mudah mengijabahi doanya. Jadi awalilalh setiap doa apa saja dengan doa Dzun Nuun ini, niscaya doa tersebut akan diijabahi dengan izin Allah. Yakinlah!

Tuesday, November 22, 2011

Jadual Cuti Persekolahan 2012 / Jadual Penggal Persekolahan 2012 :

 JADUAL CUTI PERSEKOLAHAN 2012 / JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN 2012

KUMPULAN A : SEKOLAH - SEKOLAH DI KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU

KUMPULAN B : SEKOLAH - SEKOLAH DI  PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, PAHANG, SABAH, SARAWAK, 
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA.


CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL- QURAN

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL - QURAN


Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

BERHATI-HATI!

BERHATI - HATI !!!


PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

HATI-HATI PANDANGAN TEMBUS...?!

HATI - HATI PANDANGAN TEMBUS ..????



PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)
 

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :
 

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

SEA GAMES : MALAYSIA JUARA BOLASEPAK ASIA TENGGARA

SEA GAMES : MALAYSIA JUARA BOLASEPAK ASIA TENGGARA



 
KUALA LUMPUR, 21 Nov - Malaysia memperoleh emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam semalam.
Dengan kemenangan semalam, Malaysia mengekalkan emas kali kedua berturut-turut.Pasukan negara mengatasi Indonesia menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 pada masa tambahan permainan.Malaysia menyudahkan empat gol lawan tiga menerusi penalti untuk menang 5-4.
Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35. Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima. Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat.

Monday, November 21, 2011

JPN Keluarkan MyKad Baru Januari Depan

JPN Keluarkan MyKad Baru Januari Depan


KLUANG :- Mulai Januari 2012,Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Mykad dengan struktur baru termasuk menggunakan cip baru yang lebih canggih.

Mykad dengan struktur baru itu akan mengatasi masalah pemalsuan Mykad.

Sunday, November 20, 2011

Download Software Panduan Cara Menguruskan Jenazah (PERCUMA)

Download Software Panduan Cara Menguruskan Jenazah (PERCUMA) 

Di sini,  saya nak kongsi 1 software berguna (PERCUMA saja). Software @ perisian ini adalah untuk sesiapa yang nak belajar cara menguruskan jenazah mengikut syariat Islam.

Saya sarankan, terutamanya kepada anda yang masih mempunyai ibu dan ayah, download dan belajarlah ilmu ini.

Siapa tahu nanti, apabila ibu atau ayah anda telah meninggal dunia, anda lah yang boleh menguruskan kesemua urusan pengkebumian ibu atau ayahanda tercinta anda. Tak perlu nak harapkan orang lain.

Sebab menguruskan sendiri jenazah ibu @ ayah anda merupakan satu penghormatan terakhir anda untuk mereka. Dan perbuatan ini adalah sangat digalakkan dalam Islam dan lebih diutamakan (lebih afdhal).

Alangkah bahagianya ibu bapa yang mempunyai anak yang mampu menguruskan jenazah mereka apabila mereka telah meninggal dunia nanti.


Jadi, apa tunggu lagi. Download (PERCUMA) dan belajarlah. Atau setidak-tidaknya anda ambil tahu tentang ilmu yang sangat penting ini.

Software panduan cara menguruskan jenazah ini berbentuk animasi. Kepada sesiapa yang hendak belajar, boleh la download disini. Saiznya cuma 68.8 MB sahaja.

Sekian. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan yang lain. Semoga bermanfaat.

Sumber : Pakarhowto.com

Thursday, November 17, 2011

EPelaporan JQAF Versi 11.6

Epelaporan JQAF Versi 11.6 ini hanyalah untuk memudahkan pengeluaran dan pencetakan sijil untuk EEnam V11.6.