Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Sunday, January 1, 2012

e-Solat JAKIM : Widget Penting yg Dipakai Setiap Hari


OK, ni nak kongsi macamana boleh tambah widget e-Solat milik JAKIM. Dulu memang geram sangat sebab bila add widget e-Solat dekat blog, selalu tak menjadi. Dulu macam ada coding iframe HTML yang tak lengkap pulak bila tengok. Sekarang JAKIM dah betulkan balik, coding pun jadi lebih ringkas dah. Yela, gunanya e-Solat nih sebab selalu sangat melayari panggilan internet, sampai panggilan Ilahi pulak boleh terabai. Uiii, jangan, jangannn, biar beringat dari tak sempat. Nangis tak berlagu pulak nanti, bahaya.. :-(

Maka, oleh itu, diharap, demi Allah, dengan adanya widget ini dalam blog sendiri, maka waktu solat akan lebih terjaga. Bukan mengingat waktu solat sendiri aja, tapi sama mengingat waktu solat untuk teman-teman kita juga.

Jadi, di bawah ini ialah coding widget e-Solat JAKIM yang penuh, dan telah diubahsuai. (Diambil dari laman sesawang e-solat JAKIM )

Jadual Waktu Solat Negeri Sarawak Tahun 2012

Jadual Solat 2012 Bagi Negeri Sarawak - Zon 1
( Limbang, Sundar, Terusan, Lawas )                              


Jadual Solat 2012 Bagi Negeri Sarawak - Zon 2
( Niah, Belaga, Sibuti, Miri, Bekenu, Marudi )                  


Jadual Solat 2012 Bagi Negeri Sarawak - Zon 3
( Song, Belingan, Sebauh, Bintulu, Tatau, Kapit )                


Jadual Solat 2012 Bagi Negeri Sarawak - Zon 4
( Igan, Kanowit, Sibu, Dalat, Oya )                                    


Jadual Solat 2012 Bagi Negeri Sarawak - Zon 5
( Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bitangor, Rajang )   


Jadual Solat 2012 Bagi Negeri Sarawak - Zon 6
( Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak )


Jadual Solat 2012 Bagi Negeri Sarawak - Zon 7
( Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam )          


Jadual Solat 2012 Bagi Negeri Sarawak - Zon 8
( Kuching, Bau, Lundu,Sematan )                                       


Jadual Waktu Solat Negeri Sarawak Tahun 2012

.: Yes, jadual solat 2012 dah kluar. Jika ingin merujuk jadual solat harian, boleh lihat pada blog  ini atau pasang widget e-Solat pada blog anda sendiri :-)

Untuk kawan-kawan yang inginkan jadual waktu solat sepanjang 2012 di bawah ada dua sumber untuk jadual solat negeri Sarawak. Boleh pilih yang mana anda suka :-)

Link pertama : MyOneStopSarawak.
  1. Hover layangkan mouse arrow pointer ke 'Go' warna hijau 'Information channel' > [Waktu solat] > tunggu sekejap > ketik pada zon kawasan yang anda mahu.
  2. Kemudian kita akan tiba pada laman web yang menunjukkan semua bulan pada tahun 2012. Ketik pada mana-mana bulan untuk muaturun. 
  3. Sebenarnya jadualnya sama jadual yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Sarawak, bezanya jadual solatnya diberi dalam bentuk pdf, sebanyak 12 link pautan untuk 12 bulan. (Perlu muaturun satu-satu untuk jadual solat setahun 2012 ini). 
Jadual solat ni boleh dipakai juga untuk tengok masuknya waktu Maghrib ketika bulan Puasa nanti. Eh, untuk lihat waktu bersahur pun boleh jugaaa~ :-D Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sarawak~~ :-D

Link kedua : Laman web rasmi Pejabat Mufti negeri Sarawak.
  1. Menu utama > Jadual Solat > Jadual Solat Tahun 2012. (Ada jadual untuk tiga tahun, 2010, 2011 dan 2012).
  2. Yang ini best. Jadual solatnya diberi untuk setahun-tahun 2012 setiap zon, dari Januari sampai Disember, tapi dalam format .doc (Microsoft Word Document) - jadi anda boleh muaturun dan edit lagi cantik-cantik sebelum print~~
Walaupun jadual ini berdasarkan ramalan dan kiraan kedudukan bulan, adalah lebih baik jika waku solat kita diperiksa lagi mengikut waktu solat semasa. Dengar dari radio ka, nengok dari televisyen ka, haa~  Solat pada waktunya banyak kebaikan, banyak keuntungan tau~