skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud
 "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
 
  Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril  apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah  Bismillaahir rahmaanir rahiim." 
 (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a.  ) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim  dari asma Allah. Tidak lain  antara ia dengan nama Allah, 'Akbar'  seperti putih mata dengan  hitamnya.Begitulah dekatnya." Demikianlah  jawapan Rasulullah s.a.w  ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan  berkenaan Bismillah. Sabda Baginda  s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham  ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat  bahawasanya pada semua pembacaan  al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir  rahmaanir rahiim sebelum  menyebut nama-nama Allah yang lain." ( Riwayat  Imam Bukhari dari Jabir )
Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim, bergembiralah ahli
langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000
Malaikat.  Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala  jin dan  bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana  turunnya." 
 Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma:
"Ketika turun  Bismillaahir rahmaanir rahiim, mengucap bertasbihlah  gunung-ganang hingga  dapat mendengar para penduduk Mekah dan  sekitarnya. Lalu mereka  berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."
Sabda  Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir  rahiim  dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja  ia  tidak dapat mendengarnya."
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa  mengucapkan Bismillaahir  rahmaanir rahiimi dan Laa haula walaquwwata  illaa billaahil aliyyil  adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala  dan kesukaran,>  dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan  Ats-Tsa'labi dari Ibnu  Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh  Allah dari seksaan  Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka hendaklah  dia mengucapkan  Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan  tiap-tiap huruf  Bismillah itu sebagai perisai."
Dari ad-Dailami dari  Ibnu Mas'ud r.a
 
bersabda  Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa  membaca Bismillaahir rahmaanir  rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap  huruf 4000 kebajikan, dihapuskan  darinya 4000 keburukan dan diangkat dia  4000 darjat."
Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai  barang-barang kepunyaan  manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa  mengambil atau menaruh  pakaian, ucapkanlah Bismillaahir  rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya  nama Allah yang dibacakan di situ  merupakan cop mohor Allah."  Pengertian dari hadith di atas ialah  hendaklah kita mengucapkan  Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali  kita menyimpan atau mengambil  barang-barang kepunyaan kita agar terjaga  daripada jin dan Syaitan.  Bukan sahaja kita mendapat pahala dari  mengucapkannya tetapi juga  mendapat keberkatan dan keselamatan samada  atas harta-benda mahupun  diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik  bersabda Nabi s.a.w.:  "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan  tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk  membuat  buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama  sejuta tahun,  mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu  persepuluh  darinya."
Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada   suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan   Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari   keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya   imbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya,adapun yang menjadi   sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka   dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang   Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala   isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah   Bismillaahirrahmaanir rahiimi."
 
 Dari Abu  Hurairah r.a., Nabi  s.a.w. bersabda: "Apabila engkau berwuduk,  ucapkanlah Bismillaahir  rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu  tidak kan  berhenti menuliskan kebajikan bagimu  sehingga engkau selesai. Dan,  apabila engkau ingin bersatu dengan  isterimu, ucapkanlah Bismillaahir  rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya  Malaikat penjagamu akan menuliskan  kebajikan bagimu hingga selesai  engkau mandi janabah. Jika dari  persetubuhan itu lahir seorang anak,  akan dituliskan bagimu kebajikan  menurut bilangan nafasnya dan bilangan  anak-cucunya hingga tidak  dikecualikan walau seorang."
 
Diriwayatkan  oleh Ibnu Abbas  r.a. telah bersabda Rasulullah .a.w.: "Barangsiapa di  antara kamu  apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia  mengucapkan  Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah  Syaitan  daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang  Engkau  kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah takdirkan  dari  persetubuhan itu lahir seorang anak,tidak akan dapat Syaitan   memudaratkannya untuk selama-lamanya."
Dikisahkan di dalam Kitab  Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu  mempunyai 3000 nama yang  mana 1000 nama hanya diketahui oleh para
Nabi-Nabi Allah, 300 nama  disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama  disebutkan di dalam kitab  Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab  Zabur, 99 nama disebutkan di  dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada  di sisi Allah. Dan, adapun  makna daripada keseluruhan 3000 nama ini  terhimpun di dalam 3 nama-nama  Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan  Arrahiim yang termaktub pula di dalam  kalimah Bismillaahir rahmaanir  rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan  dan mengucapkan Bismillaahir  rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan  keseluruhan 3000 nama-nama  Allah. Adapun sesungguhnya kalimah  Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu  ada sembilanbelas huruf dan  Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga  ada sembilanbelas.  Maka,barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir  rahiimi dengan penuh  ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya  terhindarlaj dia daripada siksaan  Malaikat Zabbaniah.
Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir  rahmaanir rahiim  banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya  akan diberikan  Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya.  Serta, diberi  kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang  tinggi ( yakni  Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan  lain-lain makhluk  Allah di mukabumi ).
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah
BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH   pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah   turunkan kepada Jibrail.
2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu,
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan   meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada   Adam." (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia,  maka semua awan berlari ke  arah barat, angin terdiam, air laut  bergelora, mendengarkan seluruh  binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah
BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat   untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan   Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan
mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka   ada 19 .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari   19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH
(penjaga/malaikat muqarabbin) hingga tiap huruf berkata, "Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan
BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak   tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan   kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca  BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan  orang yang zalim, hinalah dan  masuk ketakutan dalam hati si zalim serta  naiklah keberanian dan  kehebatan kepada si pembaca.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
No comments:
Post a Comment