PETIKAN MENARIK SEMASA UCAPAN BELANJAWAN 2013
Petikan Menarik Ucapan Belanjawan 2013
| KUALA LUMPUR – Berikut adalah petikan menarik daripada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013
bertema “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” di
Dewan Rakyat hari ini.
1.”Kerajaan ini hakikatnya tidak pernah
menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala. Kita tidak pernah melakar
lukisan yang pada hari ini tampak muluk-muluk dan indah, tetapi
sebenarnya merupa racun berbisa”.
2 “Sebagai kerajaan yang
bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran, biarpun kelat. Kita
tidak pernah mendodoi rakyat dengan dongengan lipurlara, sebaliknya
sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala
permasalahan rakyat”.
3.”Sayugia, mengurus sebuah negara majmuk yang kompleks seperti Malaysia bukan perkara mudah. Ia memerlukan keihklasan dan kebijaksanaan kerana rakyat Malaysia amat cerdik menilai yang mana intan dan yang mana kaca”.
3.”Sayugia, mengurus sebuah negara majmuk yang kompleks seperti Malaysia bukan perkara mudah. Ia memerlukan keihklasan dan kebijaksanaan kerana rakyat Malaysia amat cerdik menilai yang mana intan dan yang mana kaca”.
4. ” Hakikat Rakyat telah memberi mandat
kepada kerajaan ini sebanyak 12 kali tanpa putus semenjak 1959 bermakna
sesuatu yang betul telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada”. — LAGI BELANJAWAN-PETIKAN 2 KUALA LUMPUR
5. “Oleh itu, Bajet 2013 dirangka bertemakan ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’”.
6.”Sehubungan itu, naskah bajet yang akan saya persembahkan ini
merupakan sebuah penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia lantaran
terus meletak kepercayaan kepada kami di sepanjang ketika”.
7. “Sejarah tercipta apabila dua
daripada tiga IPO terbesar di dunia iaitu Felda Global Venture Holdings
(FGVH) dengan nilai RM9.9 bilion dan IHH Healthcare Berhad dengan nilai
RM6.3 bilion telah diterbitkan. Terkini, Astro akan disenaraikan pada
Oktober 2012 dengan jangkaan nilai terbitan yang besar”.
8. “Kerajaan amat menghargai sumbangan
para nelayan dan sentiasa memastikan kedudukan sosio-ekonomi golongan
ini bertambah baik dan pendapatan mereka meningkat”.
9. “Kerajaan sentiasa komited dalam
memastikan syarikat Bumiputera dapat bersaing secara seimbang dalam
pemilikan syarikat besar, pekerjaan berpendapatan tinggi serta pelaburan
dalam sektor utama ekonomi”.
10 “Kerajaan akan melaksanakan projek
perintis Taska OKU bagi enam kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi
Down Syndrome, Autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU
masalah pembelajaran”.
11. “Kerajaan sedar tentang pelajar
miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet, yang tidak
memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang
untuk mendapat pekerjaaan”.
12. “Sesungguhnya, kerajaan ini adalah
kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Kemakmuran negara dan
kesejahteraan rakyat adalah objektif tertinggi. Kerajaan ini tidak akan
sekali-kali melakukan sebarang tindakan yang akan membahayakan masa
depan orang ramai”.
13. “Hakikatnya, jika kerajaan terus
memberi subsidi secara pukal, ia akan hancurkan kedudukan kewangan
negara sehingga akhirnya rakyat menanggung akibat sepertimana yang
berlaku di sesetengah negara”.
14. “Gula yang diambil secara berpatutuan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan, ia mampu menjadi racun”.
15. “Sebaik manapun dasar yang telah digubal pihak kerajaan, tidak akan
bermakna tanpa pelaksanaan yang cekap serta berkesan. Kerajaan
mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam negara yang
merupakan jentera pelaksanaan dasar negara, sama ada yang berada di
peringkat daerah, pihak berkuasa tempatan, negeri mahupun pusat”.
16. “Menurut hukum, hutang wajib
dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah. Ia adalah satu keistimewaan, bukan
satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak
pelajar masa depan”.
17. “Bajet yang baru saya bentangkan
untuk tahun 2013 ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum
Ke-13. Ia merupakan antara siri-siri bajet yang akan mendorong negara
tercinta ini ke arah pencapaian wawasan nasional.
18. “Dengan izin Allah S.W.T. dan dengan
sokongan dan dokongan rakyat Malaysia, Insya-Allah kita akan
menyaksikan enam lagi bajet yang akan dibentangkan oleh kerajaan Barisan
Nasional sebelum Malaysia berubah status daripada sebuah negara
membangun berpendapatan sederhana tinggi, menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi”.
19. “Pujangga bermadah, bumi mana tidak
ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak. Kita akur kerajaan BN tidak
bebas daripada kekhilafan. Tetapi yang membezakan kami dan mereka ialah
mereka tidak mempunyai ketawadu’uan untuk mengakui kesilapan,
sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan
orang lain.
20. “Maka, saya menyeru rakyat Malaysia
supaya menghakimi kerajaan BN dengan amal perbuatan, bukannya retorik.
Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan
segala potensi yang ada bagi membina sebuah negara yang boleh kita
banggakan.
21. “Sesungguhnya, kita mahukan Malaysia
yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman.
Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan
global”. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment