Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Saturday, August 13, 2011

Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh Negeri-Negeri Di Malaysia

JADUAL BERBUKA PUASA 2011 MELAKA & WAKTU IMSAK SELURUH 
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA.




JADUAL BERBUKA PUASA 2011 MELAKA & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 JOHOR & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 PERAK & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 SARAWAK & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 SABAH & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 TERENGGANU & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 KELANTAN & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 SELANGOR & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 PAHANG & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 WILAYAH PERSEKUTUAN & WAKTU IMSAK
WAKTU BERBUKA PUASA 2011 WILAYAH PERSEKUTUAN & JADUAL IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 PERLIS & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 KEDAH & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 NEGERI SEMBILAN & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 PULAU PINANG & WAKTU IMSAK

Tuesday, August 9, 2011

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.


Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.


"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.