Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Friday, June 29, 2012

Rahsia Garam Laut Mati



Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai. Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain.

Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada.

Proses Kejadian Nabi Adam A.S





Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?


Adakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk Nabi Adam A.S (Abdul Basyar / Bapa segala manusia)

Kisah Mustafa Kamal Ataturk Di Azab Allah



Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Wednesday, June 27, 2012

7 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Pantas

Akamai ,sebuah organisasi yang memantau kelajuan internet diseluruh dunia telah mengumpul data mengenai internet melalui laporannya bertajuk "State Of Internet" merumuskan 7 negara yg mempunyai capaian internet paling laju di dunia.

1.KOREA
13.8MBPS

2.HONG KONG
10.3MBPS

3.JEPUN
8.9MBPS

4.BELANDA
8.5MBPS

5.LATVIA
8.2MBPS

6.Republik Czech
7.4MBPS

7.SWITZELAND
7.3MBPS

9 Jenis Anak Syaitan



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

SILA SEBARKAN

Kisah Wanita Memeluk Islam Selepas Bermimpi







Tidak semua orang menerima hidayah daripada Allah SWT. Tetapi amat beruntung jika mereka menerima hidayah daripada Allah. Hidayah boleh datang dengan pelbagai bentuk. Sama ada ia datang melalui situasi, mimpi dan sebagainya. Di bawah ini terdapat sebuah kisah mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Kalsom Chin yang menerima hidayah Allah untuk memeluk Islam. Ikuti kisah beliau di bawa ini.

Tuesday, June 26, 2012

Billionaire Yang Patut Dicontohi



Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion.

Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur.

Misteri Kematian Michael Jackson



Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Latar Belakang Dr Mohamed Morsi Presiden Baru Mesir




Biodata & Latar Belakang

Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz / hafizah al-Quran.

Tuesday, June 19, 2012

Kejadian Aneh Berlaku di Padang Golf Ketika Azan


Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang difwdkan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Kenapa Tak Rogol Saya?






Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat  sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Tuesday, June 12, 2012

Bertanya lah, TAPI .......



"Hidup ini dipenuhi dengan pertanyaan. Banyak persoalan yang perlu ajukan untuk memberi kefahaman dalam sesuatu perkara.

Kata pepatah melayu berzaman: “Malu bertanya sesat jalan.” Ada benarnya, kerana hidup di zaman yang serba canggih ini memerlukan banyak penjelasan, maka amat berhajat kepada pertanyaan. Jika tidak akan kaburlah kefahaman dan pemikiran.