Wednesday, August 15, 2012
Saturday, August 11, 2012
16, 17 Ogos cuti berganti persekolahan sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan
sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
yang dijangka jatuh pada 19 Ogos ini.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang
perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan
raya," katanya.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.
"Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut," kata kenyataan itu. - BERNAMA
Monday, August 6, 2012
Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku
pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat
menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua
diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja,
carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir
ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh
keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya
pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu
Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni
sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun
rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana
mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam
ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka
tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu
jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda
dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri
akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan
menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang
bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri
adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda
bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari
segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang
mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai
antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah
kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan
makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat
(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita
merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai
pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid
Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali
bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang
menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal
faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu
kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka
mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan
antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi.
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan
dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus
sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan
dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!
6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim
6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi
‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7
sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap
diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka
hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari
baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya
habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut
nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita
tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus
masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan
suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak
tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya
yang tak di sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di
titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun
memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi,
kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan
tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada
semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita &
isteri agar tidak derhaka denganNYA…….
Subhanallah! Pantai Tanpa Laut
Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang
luas. Namun di Sepanyol tedapat pantai yang dikenali sebagai sebagai
The Gulpiyuri Beach. Ia adalah pantai tanpa laut.
Subhanallah! Pantai Tanpa Laut | Selama ini kita hanya dapat
mendengar, jika ada pantai, tentu ada lautnya. Namun ini yang berlaku
sebaliknya. Terdapat sebuah lokasi tetapi bukan di Malaysia yang mana
terdapat pantai yang ia tidak mempunyai air laut seluas yang biasa kita
lihat. Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali
sebagai The Gulpiyuri Beach adalah sebuah pantai yang terletak di
Llanes, Sepanyol. Yang menariknya ia merupakan sebuah pantai tanpa
laut! Terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Di antara kawasan
pantai dan laut dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut
hanyalah kira-kira 40 meter dan anda kan merasai ombak seperti biasa
dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut.
Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini
Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum
air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda
tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan
adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap
terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin
susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri
anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut
dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk
mengikutinya.
Selamat Mencuba!
Misteri Makhluk Halus Tumpang Solat
Misteri Makhluk Halus Tumpang Solat | Berhadapan situasi takut,
pelik, tergamam seperti terjumpa dengan makhluk halus mungkin
menyebabkan kita menjadi lemah semangat. Perasaan ini juga yang sedang
bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa
Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk
solat jenazah makhluk halus. Kejadian berkenaan disedari apabila
penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan
kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula
berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49,
mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.
Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri
Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tidak kami dapat sangkal lagi kebenaran memang ada.
Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung
tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen
tertentu di dalam laptop.
Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke
hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware
laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat
kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak
menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak
terlalu tinggi.
Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang
tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk
laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan
daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal
dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara
dalam jangka hayat 2-3 tahun.
Menyesal tinggal puasa
KEHIDUPAN saya sebelum ini agak hanyut dan lalai dalam menunaikan
tanggungjawab terhadap agama. Saya ingin mendapatkan penjelasan ustaz
mengenai beberapa perkara tentang hukum puasa yang pernah saya abaikan
sebelum ini.
1. Bagaimana saya perlu menggantikan semua puasa yang pernah saya abaikan sebelum ini?
2. Berapa banyakkah fidyah yang perlu saya bayar dan boleh ustaz
jelaskan bagaimana nilai
fidyah dikira (daripada cupak kepada nilai
duit).
3. Adakah fidyah itu perlu saya lakukan setelah saya habis menggantikan puasa saya?
Nazlan, Ampang
Subscribe to:
Posts (Atom)