Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Tuesday, May 31, 2011

Geyser Paling Indah Di Dunia

Geyser adalah fenomena pancutan air panas yang memancut beratus-ratus kaki ke udara. Biasanya fenomena ini wujud dikawasan gunung berapi seperti yellowstone dan Iceland. Di Iceland, geyser dimanfaatkan dengan menjana stesen janakuasa elektrik. Walau apapun, fenomena ini meninggalkan satu pemandangan yang indah untuk ditatapi.. 

7 Airport Paling Berbahaya Di Dunia...

Take Off dan Landing merupakan proses yang paling berbahaya bagi sesebuah pesawat. Kerana itu airport bina dan direka untuk mengurangkan risiko  yang  mungkin terjadi semasa proses take off dan landing ini. Dalam entry kali  ini dipaparkan  tujuh airport  yang dikatakan paling berbahaya di dunia.

Tempat Yang Tidak Boleh Anda Kunjungi ....

Dunia ini adalah penuh rahsia! Ada beberapa tempat di dunia yang kita tidak mengetahui mengenainya dan walaupun kita tahu, tempat – tempat  ini adalah tidak boleh  kita kunjungi. Entry kali ini memaparkan tempat  yang paling tertutup diseluruh dunia  dan hampir tidak mungkin untuk masyarakat umum mengunjunginya !!

Monday, May 30, 2011

BERHATI-HATI KETIKA MENZIARAHI ORANG MENINGGAL DUNIA



As salam readers, ni ade satu kisah mengenai adab menziarahi jenazah...sama-sama kita kongsi dan di jadikan iktibar serta kita saling ingat-mengingatkan.

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

10 Tempat Yang Sangat Terasing

1.  Dry Valleys – Antartika


Sunday, May 29, 2011

10 Haiwan Terkuat Di Dunia

1.  Beruang


Beruang ini adalah haiwan dikawasan pergunungan yang terkuat, boleh mengangkat 0.8 kali berat badannya. Berat badan mereka adalah  sekitar 1500 pound dan mampu mengangkat benda seberat 1200 pound.

10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Makhluk-makhluk ini berada di tempat-tempat tersembunyi seperti lautan dan gua yang dalam  Haiwan – haiwan berikut ini mungkin bukan yang paling comel, tetapi mereka adalah jenis haiwan yang paling sulit ditemui di bumi.


1.   Solendon

Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba .  Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki  muncung panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon  memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus kasturi.

Jambatan Yang Menggerunkan Di Dunia

1.  Crazy Curves: Langkawi Sky Bridge, Kedah, Malaysia




10 Ikan tercantik

 African Cichlids

Ikan ini dikenali sebagai “Sick-Lids”. Ikan ini ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi, Tanganyika, dan Victoria.  Biasanya mereka membesar hingga 6-7 inci, dengan pengecualian untuk Spesies Frontosoa, yang boleh tumbuh sehingga 12-14 inci. Ikan ini adalah ikan air tawar yang biasa ditemui di akuarium rumah.

Friday, May 27, 2011

10 Jenis Ikan Yang Paling Menggerunkan...

Entri kali ini memaparkan ikan-ikan yang paling menggerunkan dari seluruh dunia :

10 Bayi Ajaib & Aneh di Dunia...

Setiap hari, jutaan bayi dilahirkan diseluruh dunia. Dalam sebegitu banyak kelahiran bayi, ada terselit kes – kes  dimana bayi yang dilahirkan dengan ciri – ciri abnormal yang jarang dijumpai. Ada yang menyebutnya keajaiban bayi dan ada juga menyebut ini adalah satu kecelakaan. Berikut adalah beberapa kes yang cukup unik. Terserah kepada anda untuk menentukan ianya adalah keajaiban atau kecelakaan

Bolehkah Cukai Pendapatan Menggantikan Zakat Pendapatan?

Soalan: 
 
Saya telah menjelaskan cukai pendapatan saban tahun. Adakah ia sudah memadai dan saya tidak perlu lagi menunaikan zakat, khususnya zakat pendapatan?

Jawapan:

4 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.

Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu?  

Mereka ialah:
  1. Orang-orang yang tidak menjampi,
  2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,
  3. Orang-orang yang tidak meramal,
  4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.
Hadithnya seperti berikut:
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun.  Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku:  ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.”  Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku:  ”Lihatlah ke ufuk yang lain”; di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku:  ”Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.”  Beliau lalu bangkit dan masuk ke dalam rumah.  Maka orang-orang ramai membicarakan masalah orang-orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa lebih dahulu.  Salah seorang dari mereka berkata:  ”Barangkali mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”  Ada pula yang berkata:  ”Barangkali mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam keadaan Islam kemudian mereka tidak mempersekutukan ALLAH.”  Dan mereka memperkirakan yang macam-macam.  Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam keluar dan bersabda kepada mereka:  ”Apa yang sedang kalian bicarakan?”  Kemudian mereka menceritakannya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Maka Baginda sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  ”Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menjampi, mereka yang tidak pernah minta dijampi, mereka yang tidak meramal dan hanya kepada Tuhan sahaja mereka bertawakkal.”  Kemudian `Ukkasyah ibn Mihshan berkata berkata:  ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.”  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:  ”Kamu termasuk golongan mereka.”  Lantas berdirilah orang lain seraya berkata:  ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.”  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:  ”Kamu telah didahului oleh `Ukkasyah.”                 (HR al-Bukhari dan Muslim)

Peristiwa Hari Hisab dan seksa Neraka tersangat dahsyat.  Betapa beruntungnya orang-orang yang bilangannya 70,000 orang ini yang mendapat keistimewaan ini, iaitu bebas dari dihisab dan diseksa terlebih dahulu.  Mereka terus masuk ke Syurga dan menikmati keseronokan di sana, subhanALLAH.

Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kumpulan ini.  Untuk itu:
  1. Jauhilah dari terlibat dengan jampi-menjampi.
  2. Jauhilah dari meminta orang lain menjampi kita.
  3. Jauhilah dari terlibat dan percaya kepada sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai meramal seperti meramal nasib, meramal jodoh dan lain-lain lagi walaupun dengan tujuan main-main atau seronok-seronok.
  4. Jadilah hamba ALLAH yang sentiasa bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.  Iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas meletakkan perancangan dan usaha yang sungguh-sungguh.

WAllahu Ta`ala A`lam.

Doa Restu Ilmu


Anakku
apabila suaramu memecah kelahiran
tahulah aku
seluruh urat nadi di tubuh ini
mesti diperah
mengalirkan susu di kerongkongmu.

Anakku
apabila engkau mula membesar
untuk menyedut nafas kemerdekaan
mengertilah aku
seluruh kebijaksanaan bangsamu
terpaksa dipadu dikerah mendidik
dan mengawalmu.

Anakku
apabila engkau menjadi semakin remaja
dengan gagah melihat bumi bonda ini
sebagai titik di sebuah dunia
fahamlah aku
sesungguhnya aku dan seluruh guru-gurumu
memerlukan sebuah kepastian.

Anakku
apabila engkau benar-benar dewasa
insaflah aku
bahawa engkau berdepan dengan seribu kejahilan
dengan hakikat dan pengalaman.

Anakku
apabila engkau akan menjadi semakin tua
bersyukurlah aku
jika engkau sedar
segala yang meratah fikiran rasaku
selama ini ... selama aku
menjadi ayah dan gurumu.

Mengapa doa-doa kita tidak dimakbulkan ALLAH ..


Kita sering mempersoalkan mengapa doa-doa kita tidak dimakbulkan ALLAH S.W.T.Tapi apakah kita pernah bermuhasabah diri mencari sebab musabab mengapakah doa kita tidak dimakbulkan ALLAH S.W.T. Marilah kita sama-sama bermuhasabah supaya hati kita tidak tertutup oleh sepuluh perkara ini dan semoga doa kita akan dimakbulkan ALLAH S.W.T

Thursday, May 26, 2011

Harga RON95, diesel, LPG kekal

PUTRAJAYA 25 Mei - Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

"Sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak.

"Namun, jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tidak ditetapkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi (sebanyak RM18 bilion) terhadap bahan bakar ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan spekulasi daripada pihak pembangkang tentang kenaikan harga minyak hingga mencetuskan suasana panik.

"Pengekalan harga bahan bakar itu tiada kena mengena dengan desakan pembangkang ataupun bagi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Mengulas mengenai pemansuhan pemberian subsidi diesel super kepada beberapa sektor pengangkutan, beliau menjelaskan, pemberian subsidi seharusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan saja dan bukannya untuk semua pihak.

"Sebelum ini lori pengangkut pun kita bagi, tapi lepas ini kita hanya beri kepada yang memerlukan sahaja seperti kenderaan awam, bot-bot kecil dan teksi.

"Hasil daripada penarikan balik subsidi ini, kita berjaya buat penjimatan sebanyak RM700 juta iaitu untuk lori dan bot," katanya.

Sumber :  Utusan Online

Berita tergempar & sensasi SKKN 2011

Juara Amatur Pemain Badminton Kategori Wanita SKKN 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Betul kata penyambung @ pepatah, " bersukan menyihatkan tubuh badan " , "Bersukan adalah masa untuk mengeluarkan mslh terpendam", Bersukan juga merupakan satu media untuk kita mengeluarkan pelbagai macam apa-apa aja yang ingin kita keluarkan. hehehhehehehe


Tetapi, kata bidalan terbaru dari SKKN pula, "Bersukan juga merupakan satu wadah untuk memperoleh kejuaraan yang berganda.Berdasarkan kata bidalan tersebut, pada petang kemarin, para guru-guru & staff SKKN ( Sebelah petang ) terpilih untuk mengikuti perlawanan antara beregu wanita dengan beregu campuran. Dan kemungkinan perlawanan ini adalah pertama di dunia, sebabnya, kita selalu mendengar beregu wanita dengan beregu wanita, beregu lelaki dengan beregu lelaki dan lain-lain. Tetapi beregu lelaki dengan beregu wanita dan juga lain-lainnya, rasanya tidak pernah di adakan. Tetapi di SK Kampung Nyalau, begitu berani membuat percaturan & percambahan idea. :) Dan di sebabkan ini adalah perlawanan yang pertama di dunia, ia terpaksa diadakan sebelah petang sahaja, sebab pada asalnya nak diadakan atas jam 12 tengah malam, tetapi di sebabkan masalah teknikal, maka dipindahkan waktu nya ke sebelah petang. mcm tu lah....

Berbalik pada yang tadi, perlawanan yang berlaku pada kemarin - 25 Mei 2011 - jam 4.35 petang WSKKN ( yang penting berlaku 2 hari lagi sebelum cuti Pertenggahan Penggal-Mei/Jun 2011 :) ) telah berlangsungnya perlawanan antara pasangan beregu kategori wanita yang diwakili oleh Cik Susan Wah Onn dan Cik Rasmawati bersama pasangan bergu kategori campuran, yang di wakili oleh Abg Salleh dan Puan Shiela. Dipendekkan cerita nya, setelah berlangsung agak lama, akhirnya diputuskan bahawa pasangan beregu kategori wanita yang diwakili oleh Cik Susan Wah Onn dan Cik Rasmawati dinobatkan sebagai pemenang sekaligus Juara Amatur Pemain Badminton Kategori Wanita SKKN 2011. Tahniah kepada Juara Amatur Pemain Badminton Kategori Wanita SKKN 2011 yang diwakili oleh Cik Susan Wah Onn dan Cik Rasmawati. Yang lain, jangan jeles ya, kata mereka. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di paparazi kan pada petang kemarin :

Wednesday, May 25, 2011

Pengajaran Dari Filem ‘Sang Pencerah’

Pengajaran Dari Filem " Sang Pencerah "


Filem ini mengisahkan ringkasan kisah hidup Kiyai Haji Ahmad Dahlan (semoga ALLAH merahmati beliau) yang merupakan pengasas sebuah organisasi yang diberi nama Muhammadiyyah

Filem ini sarat dengan mesej untuk diambil pengajaran oleh kita semua, khususnya buat para pendakwah yang memperjuangkan usaha tajdid, iaitu suatu usaha untuk mengembalikan masyarakat agar kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar, sebagaimana yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Apa yang ada pada tarikh 26 ?


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Anak Tanggang

Berita ini amat menyedihkan..

Pekan: “Saya sempat mendengar isteri berkata ‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

Tuesday, May 24, 2011

Kisah dari teman mengenai arah Qiblat....

Arah Qiblat di Impiana, Alam Budiman

 

Saya baru sahaja berpindah ke Alam Budiman, Shah Alam.  Sudah hampir sebulan saya di tempat baru ini.  Masih belum ramai orang di fasa yang saya tinggal ini.

Antara perkara pertama yang datang ke fikiran saya ialah arah qiblat, iaitu ke arah mana hendak dihadapkan wajah & tubuh ini tatkala solat.  Sebelum berpindah, saya telah rujuk ke peta Alam Budiman dan secara kasarnya tahulah ke mana arahnya.

Antara kaedah-kaedah lain yang saya gunakan ialah:

Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah

 Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Monday, May 23, 2011

Agenda Yahudi Kristian :Pemakaian Tudung Kepala Cara Kristian.


Perhatian Untuk Kaum Hawa,

Sos Soya yang diperbuat dari rambut manusia


Protein rambut dalam roti, pau

 


KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cysteine’ yang disahkan haram penggunaannya.

Awas! Kini ada daging lembu tiruan!

 lembu atau babi?

 Daging lembu tiruan

Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Memandangkan semuanya tidak memberikan kesan sampingan pada kadar segera dan hanya terjadi pada jangka masa panjang, mereka tidak takut untuk melakukannya. Atas dasar mengaut untung sebanyak-banyaknya dalam perniagaan mereka sanggup melakukan apa sahaja, mereka terus berenovasi mencipta sesuatu yang baru.  Mereka berjaya membuat telur tiruan malah lebih menarik mereka berjaya menukarkan daging babi menjadi daging lembu yang dinamakan "daging lembu tiruan".

Sunday, May 22, 2011

Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna-UPDATE 8


Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna Mediafire Minggu 1-8

Sinopsis

Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Program Maharaja Lawak ini juga akan dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.
 
Genre
Comedy | Reality Show


Peserta
Jambu (Yus & Tauke), Man, Amir, XN3, R2, WAI (Idlan & Kechik), Jozan (Johan & Zizan), Balas, Jihan, Sepah, Alex, Nabil.



Monday, May 16, 2011

E-Laporan j-QAF 2011

Salam semua,

Sekarang warga j-QAF boleh mula mendapatkan edisi terkini fail Pelaporan j-QAF bagi tahun 2011 ini.

Sila klik pada pautan di bawah untuk download fail tersebut.

Saturday, May 14, 2011

Sang Pencerah (2010)


Sang Pencerah (2010) VCDRip AVI & MKV Mediafire

Synopsis

Sepulang dari Mekah, Darwis muda (Ihsan Taroreh) mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Seorang pemuda usia 21 tahun yang gelisah atas pelaksanaan syariat Islam yang melenceng ke arah Bid’ah /sesat

Melalui Langgar / Surau nya Ahmad Dahlan (Lukman Sardi) mengawali pergerakan dengan mengubah arah kiblat yang salah di Masjid Besar Kauman yang mengakibatkan kemarahan seorang kyai penjaga tradisi, Kyai Penghulu Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo) sehingga surau Ahmad Dahlan dirobohkan karena dianggap mengajarkan aliran sesat. Ahmad Dahlan juga di tuduh sebagai kyai Kafir hanya karena membuka sekolah yang menempatkan muridnya duduk di kursi seperti sekolah modern Belanda.

Ahmad Dahlan juga dituduh sebagai kyai Kejawen hanya karena dekat dengan lingkungan cendekiawan Jawa di Budi Utomo. Tapi tuduhan tersebut tidak membuat pemuda Kauman itu surut. Dengan ditemani isteri tercinta, Siti Walidah (Zaskia Adya Mecca) dan lima murid murid setianya : Sudja (Giring Nidji), Sangidu (Ricky Perdana), Fahrudin (Mario Irwinsyah), Hisyam (Dennis Adishwara) dan Dirjo (Abdurrahman Arif), Ahmad Dahlan membentuk organisasi Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berpikiran maju sesuai dengan perkembangan zaman.

Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna-UPDATE 7



Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna Mediafire Minggu 1-7

Sinopsis


Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Program Maharaja Lawak ini juga akan dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Tuesday, May 10, 2011

Promo eLaporan 2011


Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.

Monday, May 9, 2011

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun SKKN

Assalamualaikum,

Setelah melalui hari persekolahan lebih kurang selama 77 hari di seluruh sekolah di Malaysia (Semester 1), telah berlangsungnya Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun di SK Kampung Nyalau, Bintulu untuk tahun 2011. Semua guru telah berusaha dengan gigih mengajar & mendidik anak-anak warga SK Kampung Nyalau, dengan persiapan yang rapi dari segi penyediaan kertas soalan dan jadual demi untuk memantapkan ilmu di hati anak-anak warga SK Kampung Nyalau. 

Saturday, May 7, 2011

Sekadadar Renungan

Kisah Syaidina Abu Bakar As-Siddiq

Selepas Nabi Muhammad wafat, Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Walaupun dilantik menjadi khalifah, Abu Bakar masih terus masih berniaga bagi menyara kehidupan keluarganya.

Hari itu adalah hari selepas Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Abu Bakar bersiap-siap berniaga kain. Kain-kain itu dibawanya ke pasar. Semasa dipertengahan jalan, Abu Bakar terjumpa sahabatnya yang bernama Umar.

Mulianya hati seorang anak


Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia Dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna-UPDATE 6


Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna Mediafire Minggu 1-6

Sinopsis

Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Program Maharaja Lawak ini juga akan dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Genre
Comedy | Reality Show


Peserta
Jambu (Yus & Tauke), Man, Amir, XN3, R2, WAI (Idlan & Kechik), Jozan (Johan & Zizan), Balas, Jihan, Sepah, Alex, Nabil.

Gelanggang Raja Lawak 5 (2011) SDTV Astro Prima



Gelanggang Raja Lawak 5 (2011) SDTV Astro Prima Mediafire

Sinopsis

Program ini merupakan program kemuncak dalam setiap minggu dalam Raja Lawak Astro. Di pentas Raja Lawak ini, para peserta akan membuat persembahan/tugasan yang diberikan bagi memastikan mereka layak diangkat sebagai Raja Lawak Astro. Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta dikehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang ditetapkan. Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.

Peserta


Balas (Ketiga),Bobo,Epy,Kami,Kopi O,Leman,Lucky,Man (Juara),Nazmi, Pukaw,R2 (Kedua),TBO

Pendekar Bujang Lapok (1959) VCDRip RMVB Mediafire


Pendekar Bujang Lapok (1959) VCDRip RMVB Mediafire

Sinopsis

Apabila menyaksikan sendiri tentang kehebatan Pendekar Mustar menewaskan dua orang samseng (pekerja penambang perahu) di Penambang Sampan Sungai Kemunting, Ramlee, Sudin dan Aziz pergi mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang Sebatang. Tujuan tiga orang bujang lapok ini ialah untuk belajar silat dengan Pendekar Mustar.

Sebelum sampai ke rumah Pendekar Mustar, mereka telah bertemu dan mengekori Rosnah (kebetulan pula dia anak Pendekar Mustar) yang pulangke rumah setelah habis mengajar (menjadi guru) di Sekolah Umum Buta Huruf di Kampung Pinang Sebatang itu.

Anakku Sazali (1956) VCDRip RMVB Mediafire


Anakku Sazali (1956) VCDRip RMVB Mediafire

Sinopsis
Hassan ialah seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya. Orang kaya tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani. Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan dengan Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya.

Ragam P. Ramlee (1964) SDTVRip RMVB Mediafire


Ragam P. Ramlee (1964) SDTVRip RMVB Mediafire

Sinopsis

Ramlee & Saloma - P. Ramlee dan Saloma mempersembahkan tujuh buah lagu secara solo dan berduet, iaitu lagu Hancur Badan DiKandung Tanah, Ku Kehilangan Kanda, Aduh Sayang, Damak, Di Pinggiran, Kuala Lumpur, dan Joget Malaysia.

Minta Nombor Ekor - Kisah dua orang sahabat, Ramlee dan Raden yang menyewa di sebuah bilik. Mereka ingin cepat menjadi kaya dan selalu bermain judi 'tiga nombor ekor'. Berbagai cara dilakukan oleh mereka semata-mata untuk mendapatkan nombor yang paling bertuah. Mereka berdua juga mencintai gadis yang sama bernama Safiah yang bekerja di kedai nombor ekor itu.

Ketika Cinta Bertasbih The Series:Special Ramadhan 2010

Ketika Cinta  Bertasbih The Series : Special Ramadhan 2010 
( Episode 1 - 56 ) COMPLETE

  
Pesantren Daarul Quràn yang terletak di desa Wangen, Polanharjo, Klaten adalah pesantren terbesar di Jawa Tengah bagian selatan. Pesantren itu diasuh oleh ulama kharismatik yaitu Kyai Luthfi Hakim.

Suatu waktu Kyai Luthfi Hakim harus menunaikan nadzarnya, tinggal di samping Masjidil Haram setengah tahun lamanya. Maka amanah mengasuh pesantren jatuh ke pundak menantu dan putrinya yaitu Azzam dan Anna Althafunnisa. Di sinilah cerita sinetron spesial ini dimulai.

Friday, May 6, 2011

Dalam Mihrab Cinta (2010) VCDRip MKV Mediafire


Dalam Mihrab Cinta (2010) VCDRip MKV Mediafire

Synopsis

Di sebuah pesantren di Kediri, ada seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Herlino) yang rela meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman demi tekadnya untuk belajar menuntut ilmu dan bergabung dalam pesantren.Kehidupan dalam pesantren membuatnya dekat Zizi (Meyda Sefira), seorang putri pemilik pesantren yang sebelumnya pernah menolong Syamsul saat dia dijambret di kereta.

Namun semuanya tidak berjalan dengan lancar, Syamsul kemudian dituduh mencuri oleh Burhan (Boy Hamzah) sahabatnya sendiri di dalam pesantren.Hal ini membuatnya jatuh, dia diusir dari pesantren dan keluarganya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi dan menganggapnya sebagai seorang penjahat.Sehingga akhirnya dia menjadi seorang pencopet sungguhan, akibat tidak kuat menahan rasa laparnya.

Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna Mediafire



Gelanggang Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna Mediafire Minggu 1-5

Sinopsis
Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Program Maharaja Lawak ini juga akan dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Genre
Comedy | Reality Show


Peserta
Jambu (Yus & Tauke), Man, Amir, XN3, R2, WAI (Idlan & Kechik), Jozan (Johan & Zizan), Balas, Jihan, Sepah, Alex, Nabil.


Download

MEDIAFIRE MKV

Minggu 1 ~ Tiada Penyingkiran ~

MKV (412MB)
part 1- http://adf.ly/13ap2
part 2- http://adf.ly/13apU
part 3- http://adf.ly/13aq7
 

Minggu 2 ~ WAI (Idlan & Kecik) & XN3 Tersingkir ~

MKV (388MB)
part 1- http://adf.ly/18e4g
part 2- http://adf.ly/18e5B
 

Minggu 3 ~ R2 Tersingkir ~

MKV (421MB)
part 1- http://adf.ly/1DvuL
part 2- http://adf.ly/1DvvS
part 3- http://adf.ly/1Dvw1
 

Minggu 4 ~ Alex Tersingkir ~

MKV (288MB)
part 1- http://adf.ly/1Iip8
part 2- http://adf.ly/1Iipj
 

Minggu 5 ~ Jihan Tersingkir ~

MKV (290MB)
part 1- http://adf.ly/1NEtm
part 2- http://adf.ly/1NEu9

PERUTUSAN HARI GURU 2011

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Buat semua warga pendidik, marilah kita bersama-sama menghayati perutusan khas sempena sambutan Hari Guru 2011 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sila klik pautan ini. dan juga Perutusan Khas Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia
 
Sekian.

Lagu Tema Hari Guru 2011

Untuk Guru: LAGU SAMBUTAN HARI GURU 2011

 

Sempena sambutan Hari Guru 2011, lagu dan lirik telah dibekalkan oleh pihak jabatan. Semua guru sila download dan unzip fail di bawah untuk diguna pakai.



Wednesday, May 4, 2011

Terkini tentang minyak.....

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.


Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.-/ Malaysiakini

Tuesday, May 3, 2011

Kisah Nabi...

Nabi Sulaiman A.S dengan Kubah Ajaib

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa.

Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”.

Sunday, May 1, 2011

Info kehamilan....

Apa Aman minum Antibiotic Waktu Hamil?
Saya pribadi menjauhkan diri dari obat-obatan apalagi antibiotic selama hamil. Saya hanya mengkonsumsi suplemen makanan dan vitamin yang dianjurkan dokter selama kehamilan. Mari kita lihat pendapat para ahli berikut: