Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Wednesday, June 1, 2011

Ibu Kota Paling Hijau Di Dunia....

Berikutan isu pemanasan global yang menjadi perdebatan yang semakin hangat, beberapa kota utama di dunia telah bertransformasi ke arah menjadi bandar hijau yang menggunakan sumber tenaga yang mesra alam.

Berikut adalah 5 kota paling ‘hijau’ yang menggunakan tenaga alam dalam menyahut seruan kearah kehidupan yang lebih baik

1.  Vancouver, Canada
 

Bandar yang pertama di dunia yang bakal menganjurkan sukan olimpik musim sejuk,  menggunakan tema “sustainable”, memanfaatkan sampah elektronik sebagai medal, membina stadium yang berkonsep sangat “green”. Namun ini bukannya kerana olimpik musim dingin. Vancouver sememangnya sejak dari dulu telah menggunakan 90%  keperluan elektrik kota ini dari sumber hidroelektrik, angin, matahari, dan kuasa ombak secara meluas untuk menjaga kelestarian kota ini. Vancouver dijangka menjadi kota paling hijau dibumi menjelang 2020.
 
 
2.  Malmo, Sweden


Ini adalah salah satu kota  hijau yang terkenal dengan taman mereka. Salah satu kota terbesar di Sweden dan benar-benar sebuah kota yang indah. Di kota ini anda akan menemui banyak orang berjalan kaki kerana di kota ini banyak lorong dibina untuk pejalan kaki. Kota ini sangat menitikberatkan soal pencemaran dan sentiasa berusaha mengelakkan ruang udara mereka dicemari.

 
3.  Curitiba, Brazil


Curitiba adalah sebuah kota di selatan Brasil. Ibu kota asalnya adalah lombong emas. Dari awal abad ke-19 telah menerima banyak imigran dari Jerman, Itali, dan Poland. Kota ini memiliki banyak sekali ruang hijau seperti taman dan kebun botani yang sangat indah seperti Bosque Alemão. Kota ini difokuskan untuk menjadi kota paling hijau dengan penduduknya disarankan untuk meninggalkan kenderaan mereka di rumah.

 
4.  Portland Oregon, USA


Kota pertama di AS yang membina laluan pejalan kaki yang terbaik dan mengesa penduduknya mengurangkan penggunaan kenderaan. Juga merupakan salah satu kota pertama yang berjanji untuk mengurangkan pencemaran dan memulakan pembinaan bangunan dengan bahan mesra alam

 
5.  Reykjavik, Iceland

 
Ibukota Iceland, sebuah negara yang terdekat dengan kutub utara ini, telah menggunakan “sistem hijau” untuk kotanya yang mana 100% elektriknya dijana dari air panas, sistem pengangkutan  menggunakan bas hydrogen. Kota paling hijau di eropah dan dunia. Serta kota dengan langit paling bersih dan biru di seluruh kota  raya di bumi.
 
Kota ini hanya menerima 4 jam panas pada musim dingin dan malam yang sangat bersinar pada musim dingin. Kota ini digemari para environmentalist untuk berkunjung atau orang awam yang datang  untuk sekadar menghirup udara segar.

No comments:

Post a Comment