Wednesday, June 1, 2011

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Demi mendapatkan sedikit  wang, orang – orang ini rela untuk  mengambil risiko dan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Kecekalan dan keazaman mereka memang dikagumi demi mencari  rezeki yang halal dan tidak melanggar undang – undang.



1.  Pencuci  Jendela Bangunan


Dubai memang terkenal dengan kewujudan bangunan – bangunan yang tinggi. Tetapi bangunan ini mempunyai beribu tingkap yang perlu dicuci setiap hari. Untuk menjadi pencuci tingkap di Dubai, anda perlu mempunyai semangat dan keberanian yang sangat tinggi .

Ketika pekerja ini melihat ada kotoran pada jendela apartment, mereka harus keluar untuk membersihkan kotoran pada kaca jendela tersebut dengan alat pembersih yang biasa. Tidak ada yang aneh tentang itu – kecuali  apartment itu tingginya 400 kaki atau bersamaan  dengan 120 meter dari tanah dan mereka keluar mencuci tanpa sebarang alat keselamatan!

Pekerja disini melangkah keluar ke birai yang sempit dan hanya memegang frame tingkap untuk menjalankan tugasnya. Mereka hanya berteriak memanggil  rakan mereka yang berada di sebuah blok apartmen lain untuk memastikan jendela itu berkilau.

Mereka tiada pilihan selain daripada melakukan pekerjaan ini walaupun tidak diberikan hak keselamatan oleh majikan, kerana ribuan yang lain bersedia menggantikan mereka pada bila – bila masa sahaja.

 
2.  Pekerja Kabel Helikopter (Lineman)


Ini adalah salah satu pekerjaan paling bahaya didunia. Linemen yang bekerja dari helikopter adalah  sebuah pekerjaan yang sangat khusus dan mereka yang pakar sahaja diberi tugasan seperti ini.

Pekerja ini harus memakai pakaian konduktif khusus yang dihubungkan ke talian elektrik hidup, dimana jika mereka tersilap langkah mereka mungkin akan terbakar dalam sekelip mata oleh jutaan volt yang berada dihujung jari mereka.

 
3.  Penjinak  Buaya
 

Pekerja Taman Buaya Samphran, Bangkok,  melakukan apa yang mungkin menjadi pekerjaan yang paling menggerunkan  didunia. Mereka telah melakukan aksi di Taman Buaya ini, sejak tahun 1985.

 
4.  Pelatih Singa


Sepasang pengantin baru yang sedang berbulan madu di Las Vegas, merakam gambar-gambar ini di MGM Grand Hotel. Lelaki didalam rakaman video ini  diserang oleh singa  jantan dan betina secara tiba – tiba.  Walaubagaimana pun, pelatih itu Berjaya  membebaskan diri dengan bantuan rakannya. Tiada nyawa yang melayang kecuali pelatih itu mendapat beberapa luka.

 
5.  Target Girl


Gadis target adalah istilah yang   digunakan di sarkas untuk menunjukkan seorang pembantu perempuan  yang berada disasaran untuk  dipanah atau dilontar dengan pisau.

Kehadiran pembantu ini sebagai target manusia sememangnya mempunyai  risiko yang sangat besar, dengan potensi untuk cedera atau kematian semasa pertunjukan.

 
6.  Penebang Balak
 

Bahaya terbesar, menurut Roger Smith dari RL Logging di Olympia, Washington, adalah ketika bekerja dilereng bukit yang curam.

“Kamu bekerja pada lereng berkecondongan 70 darjah atau 80 darjah dengan keadaan sangat berbatu, dan harus menebang pohon berusia 70 tahun dengan minimum diameter batang  30 inci atau lebih. Jika tidak ditebang dengan cara yang betul, batang balak itu akan  menimpa pekerja – pekerja dikawasan itu”

 
7.  Nelayan


Dengan purata 129 kematian per 100 000 orang yang bekerja di industri ini dan 61 kecerderaan  per 100 000 orang pada tahun 2008, menjadikan Industri  perikanan dinobatkan tangga pertama untuk senarai pekerjaan yang paling berbahaya di dunia.

Sebuah Rancangan TV, The Deadliest Catch, disaluran Discovery,menunjukkan rutin nelayan di Laut Bearing (Bearing Sea). Mereka hidup untuk bekerja berjam-jam , 7 hari seminggu,dan dalam kegelapan, tanpa rehat  yang cukup.

Mereka harus meneruskan penangkapan , atau kehilangan pendapatan mereka untuk tahun itu. Pelbagai dugaan dan risiko sentiasa membayangi mereka setiap waktu. Ombak gergasi, tiupan angin taufan, cuaca sejuk adalah dugaan yang harus dilalui oleh mereka.

 
8.  Pembersih Periuk Api


Periuk api merupakan pembunuh nombor satu dikebanyakan Negara yang pernah mengalami konflik peperangan. Alat pembunuh ini adalah sangat sukar dikesan dan hanya sedikit gegaran disekitar periuk api itu ditanam, akan menyebabkan ledakan yang membunuh.

Periuk api senang disebarkan, hanya melalui pesawat tetapi proses untuk membersihkannya mengambil masa bertahun – tahun dan kos yang amat tinggi.

 
9.  Buruh  Binaan



American Steelworkers mendakwa bahawa kematian  buruh binaan meningkat  adalah akibat dari sikap pemilik dan pengurus projek yang mencuba untuk memotong kos penegeluaran. Penyebab paling umum kematian  mereka adalah disebabkan oleh terjatuh.

1 comment: