Mumia adalah mayat yang tubuhnya telah terawet  secara  sengaja atau tidak sengaja, oleh bahan kimia dan juga  disebabkan oleh  suhu, udara dan kelembapan yang sangat rendah. Mumia manusia dan haiwan  banyak ditemui di seluruh dunia. 
Berikut ini adalah  mumia yang paling menarik dan sebahagian besar masih dapat dilihat sehingga sekarang.
Elmer McCurdy (Januari 1880 – 7  Oktober 1911) adalah seorang penjahat yang mati didalam kejadian tembak  menembak di Oklahoma. Ketika tiada yang ingin menuntut  jenazahnya, maka  mayat itupun awetkan dengan alasan bahawa suatu hari pasti akan ada  yang mengambil jenazah itu. 
Dan 5 tahun kemudian, seseorang yang mengaku saudara Elmer ingin menguburkan beliau secara yang lebih dihormati. Ketika saudaranya ingin mengambilnya, mereka tidak sangka itu adalah jenazah Elmer. Mereka cuma menggangap itu hanyalah patung lilin, dan mereka pun menjual jenazah itu ke tempat karnival setempat untuk dijadikan target latihan menembak. Dan ketika jenazah yang dianggap patung itu ditembak di bahagian lengan, terbuktilah kebenaran bahawa itu Elmer McCurdy.
Vladimir Ilyich Lenin (10 April  1870 – 21 Januari 1924) adalah salah satu tokoh politik terkemuka dan  para pemikir revolusioner abad ke-20, yang menjadi orang kuat Bolshevik  yang mengambil alih kekuasaan di Rusia pada tahun 1917, dan merupakan   pemimpin pertama Soviet.
Pada bulan Mac 1923, dia menderita  stroke untuk yangg ketiga kalinya, yang membuatnya lemah dan selalu  terlantar ditempat tidur sehingga dia meninggal pada 21 Januari 1924  pada umur 53 tahun, di perumahan di Leninskiye Gorki. Tubuhnya diawetkan  dan dipamerkan di Lenin Mausoleum, Moscow dan masih boleh dilihat  sehingga sekarang
Mayat yang terkubur oleh abu panas dari letusan Vesuvius. Kini mumia tersebut dapat dilihat di Museum arkeologi Napoli.
Juanita ( “The Ice Maiden” ) ditemui  di puncak Gunung Ampato, Peru, pada tanggal 8 September, 1995. Dia  adalah salah seorang yang dikorbankan untuk para dewa kaum Inca pada 500  tahun yang lalu. kini Juanita dipamerkan di Santuarios Museo de Altura  di Arequipa, Peru.
Ötzi adalah seorang lelaki  dari sekitar 3300 SM (53 abad yang lalu). Mumia itu ditemui pada bulan  September 1991 di Schnalstal gletser di Ötztal Alps, dekat Hauslabjoch,  di perbatasan sempadan antara Austria dan Itali. Tubuhnya kini dapat  dilihat di South Tyrol Museum of Archaeology di Bolzano, Itali utara
Kenapa dinamakan Ginger?  kerana  mumia ini adalah mumia yang diyakini mumia pertama dari Mesir. Dan  meskipun telah meniggal 5000 tahun yang lalu, mumia ini sangat sempurna,  rambut, kaki bahkan kukunya masih kelihatan sempurna. Ginger ditemui di  Gebelein, Mesir dan pada waktu  ini dipamerkan di British Museum.
Mayat Rosalia Lombardo, seorang anak  perempuan Cecilia berusia dua tahun yang meninggal tahun 1920, masih  kelihatan segar. Mumianya yang dikenali dengan “Sleeping Beauty”  disimpan dalam kotak kaca di biara Capuchin Palermo, Itali.
Tutankhamun (sekitar 1341 SM –  1323 SM) adalah seorang firaun Mesir dari dinasti ke-18 semasa tempoh  sejarah Mesir yang dikenali sebagai Kerajaan Baru. Tutankhamun berumur 9  tahun ketika ia menjadi firaun dan memerintah selama sekitar 10 tahun,  sehingga kematiannya.
Makam Tutankhamun di Lembah  Raja-Raja (di mana ia masih berada) ini ditemukan oleh Howard Carter  pada tahun 1922 hampir sepenuhnya elok dan Tutankhamun mumia paling  lengkap diantara raja Mesir kuno yang pernah ditemui.


















 










 
.jpg)
No comments:
Post a Comment