Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Sunday, July 8, 2012

11 Golongan Ahli Neraka dan Satu Golongan Ahli Syurga



11 GOLONGAN AHLI NERAKA SATU GOLONGAN AHLI SYURGA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

 
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,

“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. 

Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1)  Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti  
     hati jiran tetangga.

2)  Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan 
     solat lima waktu.

3)  Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah 
     balasan  bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4)  Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5)  Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut 
     keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6)  Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang  
     menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7)  Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan 
     mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8)  Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini  
     adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9)  Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang  
     memakan harta anak yatim secara zalim.

10) Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan 
      mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11) Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga 
      keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman  
      keras.
 
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

1)   Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas  
      seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan 
      solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan ini,sama-sama kita ke arah golongan yang mana berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.

~Dunia Maklumat~

No comments:

Post a Comment