Islam sememangnya sebuah agama yang unik dan menarik. Mari ketahui 
beberapa info berkenaan Islam yang mungkin belum kita ketahui:
1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di 
seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan 
Harry.
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, 
Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga 
berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya 
persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). 
Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia 
menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan
 ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri 
yang hanya 2.3% setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab 
dari Al-Quran akan segera di-”recover” oleh jutaan muslim, yang disebut 
Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai 
awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci 
yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian dan kesuciannya sentiasa 
terjaga.
9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. 
Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang 
beragama Islam.
10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru 
ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 
3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap 
Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, sebelumnya 
berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah 
“Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya 
kepada umatnya.
16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, 
manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam 
Al-Quran.
18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan 
Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama 
mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin 
tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun
 (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), 
Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan
 cendiakawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan 
atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak 
kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.
Wallahualam…


















 

 
.jpg)
No comments:
Post a Comment