Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu
rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai
emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang
masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar
segala hutang-hutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang
setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.
Oleh kerana dia sekarang ini terlalu kesempitan harta, maka dia tidak
bercadang untuk menjual rantai emas tersebut. Biarlah rantai tersebut
di simpan buat selama-lamanya kerana ianya adalah satu-satunya harta
peninggalan orang tuanya yang masih ada. Akhirnya dalam masa yang sama
dia mengambil keputusan untuk bermusafir iaitu untuk membina hidup baru
dengan azam baru. Tanpa berlengah terus dia bersiap sedia untuk
memulakan permusafirannya kerana kebetulan dalam masa yang sama ada satu
kabilah yang di pimpin oleh seorang saudagar yang terkenal akan
berangkat pulang ke negaranya dengan barang dagangan serta hasil
keuntungan yang banyak. Kabilah tersebut adalah dari negara jiran. Dia
pergi berjumpa saudagar tersebut…lalu meminta untuk bekerja dengannya.
Tanpa banyak bicara saudagar tersebut terus menerimanya menjadi salah
seorang pekerjanya.
Pergilah dia bersama-sama dengan kabilah tersebut….sampai di negara
tersebut dia pun terus bekerja dengan saudagar tersebut dengan penuh
tekun dan bersungguh-sungguh sekali. Setelah agak lama dia bekerja si
saudagar tadi melihat bahawa Juha adalah seorang pekerja yang
baik…bagus…rajin lagi tekun. Maka tanpa banyak fikir dia memilih Juha
untuk turut serta dengan kabilah yang bakal di hantarnya besok hari
untuk pergi berniaga ke negara jiran.
Setelahmana Juha mendapat tahu bahawa dia terpilih untuk turut serta
dengan kabilah tersebut….maka mulalah dia terfikir bahawa sudah pasti
berbulan-bulan lamanya dia akan pergi….perjalanan pula memakan masa agak
lama….jadi rantai emas satu-satunya peninggalan orang tuanya mesti di
simpam baik-baik….dia tidak boleh untuk membawanya. Kerana mana tahu
dalam perjalanan nanti kabilahnya akan di rompak.
Puas dia berfikir pada siapa hendak dia amanahkan rantai emas
tersebut untuk di simpan. Sebab apa ! sebab dia orang baru di situ….dia
baru tinggal di situ buat beberapa bulan saja…jadi dia belum kenal
banyak orang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kepada
jiran sebelahnya….kerana dia melihat bahawa jiran sebelahnya boleh di
percayai. Orangnya agak berumur, pemurah, baik hati, juga seorang
peniaga yang terkenal di bandar tersebut.
Pada keesokan harinya sebelum bertolak….pagi-pagi lagi Juha telah
pergi kerumah orang tua tersebut. Dia mengetuk pintu rumah…tidak lama
kemudian pintu pun di buka dan keluarlah orang tua tadi dengan senyuman
lebar. Tanpa banyak bicara Juha pun berkata :
“Wahai Tuan ! aku adalah jiran kamu dan aku adalah orang asing di
sini. Baru beberapa bulan saja aku tinggal di sini. Jadi aku mahu
bermusafir dengan kabilah saudagar si polan untuk berniaga ke negara
jiran. Oleh kerana merasa bimbang jadi aku minta agar kamu sudi untuk
menerima suatu amanah untuk kamu simpankan buat seketika. Bila pulang
nanti aku akan ambil semula…barang tersebut ialah rantai emas ini !”.
Juha pun mengeluarkan rantai tersebut dari poket jubahnya. Bila orang
tua tadi terlihat rantai emas tersebut….matanya tidak
berkelip-kelip…..tetapi untuk menyembunyikan perasaan tamaknya dia pun
berkata demi menenangkan hati Juha :
“Wahai saudaraku ! sesungguh amanah adalah suatu yang besar lagi
berat. Aku boleh menerimanya tetapi dengan syarat kalaulah berlaku
apa-apa janganlah kamu menyalahkan aku. Sebab apa ! aku ni pun dah
berumur dan uzur pulak tu….katalah di takdirkan Allah aku mati sedangkan
kamu belum pulang-pulang lagi lebih-lebih pulak aku tidak ada waris
untuk aku amanahkan rantai ini !”.
Berkata Juha : “Wahai Tuan ! tidak mengapalah aku yakin bahawa kamu
adalah seorang yang amanah. Seandainya berlaku yang sedemikian aku
memaafkannya terlebih awal….walau bagaimanapun kamu cubalah cari sesiapa
yang boleh menyimpan amanah ini sementara aku pulang semula nanti. Dan
seandainya aku yang mati dulu sebelum kamu, maka aku berharap kamu dapat
jualkan rantai emas ini dan duitnya kamu sedekahkah kepada fakir miskin
juga sesiapa yang memerlukannya !. Rasanya kita tidak memerlukan
sesiapa pun untuk menjadi saksi kerana Allah swt sudah cukup untuk
menjadi saksi !”.
Orang tua tadi pun setuju dengan apa yang di perkatakan oleh
Juha…..di terimanya amanah tersebut. Lalu tanpa berlengah Juha pun terus
meminta izin untuk pergi kerana kabilahnya sudah hampir mahu berangkat.
Tidak lama kemudian berangkatlah Juha bersama-sama kabilah tersebut
dengan hati penuh tenang….dengan penuh keyakinan terhadap orang tua
tadi.
Permusafirannya memakan masa agak lama… berbulan-bulan lamanya.
Selang beberapa bulan barulah Juha pulang berserta kabilah perniagaannya
dengan membawa hasil keuntungan yang banyak. Sebelum pulang Juha sempat
membeli satu hadiah untuk dia hadiahkan kepada orang tua yang menyimpan
amanahnya tanda terima kasihnya. Sudah pastilah ianya juga adalah suatu
hadiah yang juga berharga.
Bila sampai saja…tanpa berlengah terus Juha meminta izin untuk pergi
kerumah orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu gembira saudagar yang
punya kabilah pun terus mengizinkannya. Juha terus berlari kerumah orang
tua tersebut dengan hati penuh gembira…tidak sabar untuk melihat semula
rantai emas peninggalan orang tuanya.
Sampai saja kerumah orang tua tersebut terus dia mengetuk pintu
sambil memberi salam : “Assalamualaikum!” kemudian kedengaran suara
menjawab dari dalam sambil lewa sahaja….mahu tak mahu seakan-akan tidak
menghiraukan siapa yang memberi salam : “Waalaikumussalam !!”.
Setelah agak lama menunggu barulah pintu di buka….tuan rumah membuka
pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tadi. Juha terus
melemparkan senyuman manis kepada orang tua tersebut. Akan tetapi orang
tua tersebut sama sekali tidak membalas senyuman Juha…seakan-akan dia
tidak pernah mengenali Juha.
Walau bagaimana pun Juha terus menghulurkan bungkusan hadiah di
tangannya kepada orang tua tersebut seraya berkata : “Aku harap kamu
sudi menerima hadiahku ini sebagai tanda terima kasihku terhadap kamu.
Kerana kamu sudi menerima amanahku…terima kasihlah kerana kamu sungguh
baik hati !”.
Akan tetapi orang tua tadi memberi isyarat seakan-akan dia tidak
faham apa maksud kata-kata Juha….dia memberi isyarat seakan-akan dia
sama sekali tidak mengenali Juha….lantas dia berkata : “Eh ! apa yang
kamu katakan ini ! apa dia amanah yang kamu katakan itu ! dan aku tak
pernah pun mengenali kamu !”. Dengan serba salah Juha pun berkata : “Eh !
bukankah aku ada meminta kamu menyimpan rantai emas sebagai satu amanah
pada kamu dulu !”.
Dengan suara yang tinggi tiba-tiba orang tua tadi berkata sambil
menudingkan jari kepada Juha : “Pergilah kamu dari sini ! aku rasa kamu
ni gila ! aku tak pernah berkenalan dengan kamu langsung dan aku tidak
ada menerima apa-apa amanah dari kamu !. Aku harap kamu boleh pergi
segera sebelum aku memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !”.
Seakan-akan mahu tercabut kepala Juha dari badan bila mendengar
kata-kata si orang tua tadi. Dia cuba menenangkan orang tua
tersebut….dia cuba menceritakan cerita sebenar, tetapi orang tua tadi
menolak mentah-mentah….semuanya di nafikan dengan memaki serta
menjerit-jerit ke muka Juha : “Pergi kamu dari sini ! aku tidak mahu
tengok muka kamu!”.
Tanpa banyak bicara terus Juha meninggalkan rumah orang tua tersebut
dengan hati penuh tanda tanya… penuh kecewa…tidak tahu apa yang hendak
di lakukan lagi. Lama dia duduk termenung di depan pintu rumahnya.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuan Hakim lalu
menceritakan apa yang sebenarnya berlaku…..di ceritakan tentang orang
tua yang telah mengkhianatinya. Tetapi sebelum pergi kerumah Tuan Hakim
hati kecilnya berkata :
“Apa pula yang akan dapat di lakukan oleh Tuan Hakim selagimana si
orang tua itu tetap juga menafikan bahawa dia tidak ada menerimana
apa-apa amanah dariku…lebih-lebih lagi aku tidak mempunyai bukti mahupun
saksi !….mana mesti aku dapatkan bukti dan saksi sebab aku tidak ada
menulis apa-apa tentang amanah tersebut !?”.
Akan tetapi Juha sama sekali tidak berputus asa dan yang penting dia
tidak mahu kehilangan satu-satunya harta peninggalan orang tuanya. Terus
dia berfikir dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan semula hartanya
itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi bertemu terus dengan
Tuan Gabenor bandar tersebut untuk mengadu hal. Tanpa berlengah terus
dia pergi kerumah Tuan Gabenor. Sampai di depan pintu istana dia meminta
izin untuk masuk…tetapi pengawal pintu tidak mengizinkannya selagimana
dia tidak menceritakan apa sebab dia mahu bertemu Tuan Gabenor.
Juha pun menceritakan tujuannya dengan nada penuh sedih. Lalu
pengawal pun berkata : “Baiklah ! kamu tunggu di sini sebentar…aku akan
berjumpa Tuan Gabenor untuk meminta izin buat kamu masuk menemuinya !”.
Juha pun menunggu di pintu istana dengan penuh pengharapan. Tidak lama
kemudian pengawal pun datang seraya berkata : “Ha ! masuklah Juha ! Tuan
Gabenor telah mengizinkan kamu masuk !”.
Dengan penuh gembira…tanpa berlengah terus Juha masuk ke dalam istana
untuk bertemu Tuan Gabenor. Sampai di depan Tuan Gabenor terus Juha
ceritakan apa yang sebenarnya berlaku…oleh kerana tidak tertahan
kesedihannya Juha pun menangis semahu-mahunya. Simpati Tuan Gabenor di
buatnya lantas beliau berkata : “Kenapa kamu tidak pergi terlebih dahulu
kepada Tuan Hakim !?”.
Jawab Juha : “Kerana aku tidak mempunyai apa-apa bukti ataupun saksi.
Dan kerana aku katakan padanya bahawa saksi kita ialah Allah swt !”.
Mendengar yang demikian beliau pun berkata : “Kalau begitu ! aku pun
tidak boleh untuk berbuat apa-apa….kamu tidak mempunyai apa-apa bukti.
Kalaulah di bawa orang tua itu kesini sudah pasti dia akan menafikannya
wahai Juha !”.
Mereka semua menjadi buntu, suasana senyap seketika. Tiba-tiba Juha
berkata : “Wahai Tuan Gabenor ! aku ada satu jalan…kalau berjaya jalan
ini, maka akan jelaslah bahawa orang tua tersebut adalah seorang penipu
dan suka mengkhianati amanah orang. Akan tetapi sekiranya perancangan
aku ini tidak berjaya, maka janganlah kamu lakukan apa-apa kekerasan
terhadap orang tua tersebut !”.
Tuan Gabenor pun bersetuju untuk mendengarnya….Juha pun mulalah
memberitahu tentang perancangannya satu persatu. Tuan Gabenor
mendengarnya dengan teliti sekali. Beliau mendengarnya dengan begitu
minat sekali sambil terdetik di dalam kepalanya : “Bahawa Juha ini
seorang yang cerdik juga !”. Akhirnya beliau pun bersetuju untuk
melakukan seperti apa yang telah di sarankan oleh Juha demi memberi
pengajaran kepada orang tua yang suka menipu tadi.
Pada keesokan paginya Juha terus membawa sebuah kerusi lalu di
letakkan betul-betul di depan kedai kepunyaan orang tua tersebut….lalu
dia pun duduk di atas kerusi tersebut…dia duduk dengan penuh ego dan
sombong sekali. Lantas dia melemparkan pandangannya ke arah orang tua
yang sedang duduk di dalam kedainya dengan pandangan sinis dan tajam
seolah-olah sedang bermusuhan. Melihatkan yang demikian orang tua tadi
pun merasa pelik…lama kelamaan dia mula naik marah. Oleh kerana tidak
sabar dia terus bangun menuju ke arah Juha yang sedang duduk di depan
kedainya. Juha tetap tenang dan tidak bergerak sama sekali, seakan-akan
tidak memperdulikannya.
Bertambah marahlah si orang tua tadi….dengan kemarahan yang membuak
dia terus menyentap leher baju Juha seraya berkata : “Eh ! kenapa kamu
duduk di sini tanpa keizinan dariku….ini adalah kawasan kedaiku. Aku
beri amaran sekiranya kamu tidak mahu pergi aku akan memanggil pihak
keselamatan untuk menangkap kamu !”.
Rupa-rupanya secara sepontan beberapa orang pengawal istana pun
datang….mereka terus meleraikan pergaduhan tersebut. Orang tua tadi
tidak berpuashati seraya berkata : “Orang ini duduk di depan kedaiku
tanpa keizinanku, sudah begitu dia melihat ke arahku dengan penuh ego
dan sombong sekali sedangkan aku tidak pernah mengenalinya !”.
Serta-merta pengawal tersebut berkata dengan suara penuh lembut :
“Tuan ! kawasan ini adalah jalan umum. Orang ramai berhak untuk berbuat
apa saja…samaada mahu duduk…berdiri. Jadi Tuan yang mulia ini tak salah.
Dia berhak duduk di sini walaupun kamu kata kawasan ini berada dalam
hak kamu. Dia berhak walaupun kalau dia mahu duduk di atas kepala kamu
sekalipun. Jadi adakah kamu faham wahai orang tua yang tak sedar diri
!?”.
Bentak si pengawal sambil mempersilakan Juha duduk semula ke atas
kerusinya : “Silakan duduk Tuan! silakan!” lantas si pengawal tadi pun
mengambil segelas air lalu di berikan kepada Juha sambil berkata : “Sila
minum Tuan! Tuan kalau ada apa-apa kami semua sedia berkhidmat untuk
Tuan!”.
Semua itu terus di saksikan oleh orang tua tadi dengan penuh
kehairanan…tetapi kemarahannya terus membuak. Dalam hatinya berkata :
“Eh ! siapakah sebenarnya lelaki ini ! hinggakan pengawal istana pun
begitu hormat sekali terhadapnya !?”..seakan-akan ada sesuatu yang dia
tidak mengetahuinya.
Tidak lama kemudian kedengaran suara melaung : “Orang ramai ! beri
laluan kerana kenderaan Tuan Gabenor mahu lalu !”….tahulah orang ramai
bahawa Tuan Gabenor telah berbesar hati untuk meninjau keadaan di
pasar….semua yang hadir berdiri memberi penghormatan. Kebetulan tempat
Juha duduk itu adalah kawasan jalan umum yang bakal di lalui oleh
kenderaan Tuan Gabenor. Orang tua tadi terus bergegas berdiri di depan
kedainya memberi hormat. Tetapi yang pelik lagi ialah Juha sama sekali
tidak bangun….bahkan dia terus duduk tenang seakan-akan tidak
menghiraukan bahawa kenderaan Tuan Gabenor semakin menghampirinya.
Tidak lama kemudian sampailah kenderaan Tuan Gabenor di hadapan
Juha….tiba-tiba berhenti kenderaan tersebut….lantas serta merta Tuan
Gabenor turun dari kenderaan seraya berkata : “Wahai saudara !
mengapalah kamu tidak beritahu aku bahawa kamu datang kesini ! sudahlah
begitu kamu tidak mahu berziarah ke istana pulak tu !. Sesungguhnya kami
semua terlalu merindui kamu kerana sudah lama tak jumpa !”…..Juha terus
bangun lantas memeluk Tuan Gabenor dengan begitu mesra sekali.
Ini semakin menjadikan orang tua tadi kehairanan. Tahulah dia bahawa
Juha bukan sebarang orang….dia dari kerabat Tuan Gabenor juga…mulalah
dia merasa serba salah. Sebelum Tuan Gabenor beredar Juha berkata :
“Baiklah ! nanti aku akan pergi ke istana….sebab aku ada beberapa
urusan yang mesti di selesai hari ini. Kalau tak selesai nanti aku
beritahu kamu lah kerana sebenarnya aku tidak mahu menyusah-nyusahkan
kamu dan aku yakin bahawa sudah pasti kamu akan dapat membantu aku.
Nanti sajalah kita bertemu di istana… !”. Tuan Gabenor pun memberi salam
: “Assalamualaikum !”…jawab Juha : “Waalaikumussalam !”.
Melihat yang demikian orang tua tadi hampir-hampir mahu pengsan,
tahulah dia bahawa selama ini dia sengaja menempah bala. Dia telah
bermusuhan dengan kerabat istana….dia tahu sendiri apa balasan yang
sedang menunggunya. Tanpa banyak bicara terus dia berlari masuk ke dalam
kedai ….di ambilnya rantai emas dari laci meja…lalu berlari semula
keluar kedai menemui Juha sambil katanya dalam ketakutan : “Wahai Tuan !
ambil lah semua rantai emas yang kamu amanahkan kepadaku dulu. Aku
minta maaf banyak-banyak !…aku berjanji tidak akan melakukannya lagi!”
sambil dia mencium-cium tangan Juha.
Melihatkan yang demikian pengawal istana terus menangkap orang tua
tersebut….jelaslah bahawa selama ini memang orang tua tersebut suka
berbuat khianat kepada sesiapa yang ada memberi amanah kepadanya. Orang
tua tersebut terus di bawah ke istana untuk di bicarakan… setelah
mengaku bersalah Tuan gabenor pun mengambil keputusan supaya dia di
penjara buat seketika untuk memberi pengajaran kepadanya. Sambil beliau
berkata :
“Memang benarlah bahawa kamu ini adalah salah seorang yang telah di
sabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam hadisnya yang berbunyi :
“Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : “Bila berkata-kata dia dusta,
bila berjanji dia ingkari dan bila di beri amanah dia khianat !”…maka
balasan untuk orang seperti kamu ini ialah penjara di dunia dan neraka
di akhirat !”.
Mendengar yang demikian orang tua tadi menjerit-jerit meminta maaf
dari Juha dan juga dari Tuan Gabenor moga di ampunkan kesalahannya…dan
dia benar-benar bertaubat : “Maafkanlah aku ! maafkanlah aku ! aku
bertaubat dan aku berjanji tidak akan berlaku khianat lagi !”.
p/s: jangan pernah sesekali kita mensia-siakan amanah orang & jangan menipu.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment