Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Tuesday, April 26, 2011

Apa itu Speed Test?

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)  


Speed Test

Artikel ini bukan ditujukan kepada individu yang ingin tahu kenapa internet mereka perlahan. Sebaliknya, saya ingin berkongsi apa yang kita boleh ketahui selepas melakukan ujian ini.
Speed test ini kita lakukan apabila ingin menguji kelajuan Internet yang kita perolehi. Sekurang-kurangnya kita tahu adakah apa yang kita dapat itu sama seperti yang kita bayar. Andai kata hasil ujian itu kurang 50 – 70% dari kelajuan sepatutnya, kita boleh memaklumkan kepada penyedia Internet, baik Streamyx, Celcom, Maxis atau Digi Broadband dan lain-lain.

Hasil Ujian Speed Test

Mari kita lihat hasil ujian yang saya buat dalam gambar di atas.
Download: 0.82 Mb/s
Upload: 0.39 Mb/s
Ping: 42 ms
Dari keputusan di atas, didapati download speed adalah 0.82 Mega bit per second. Upload speed pula sekitar 0.39 Mega bit per second. Ping pula selama 42 mili second.

Download Speed

Ini adalah kelajuan yang diperolehi semasa download, iaitu 0.82 Mb/s. Maksudnya, sebanyak 0.82 mega bit atau 820 kilo bit data telah dihantar dalam masa satu saat.
(Nota: Satu saat ditunjukkan dengan /s atau ps dalam Mbps atau Mb/s)
Kelajuan Streamyx yang saya langgan adalah: 1Mb/s
Mari kita kira peratusan penurunan 1Mb ke 0.82Mb seperti di bawah.
Peratus = [(1 - 0.82) / 1 ] x 100 = 18%
Dari kiraan di atas, penurunan adalah sebanyak 18%, oleh itu, kelajuan yang saya perolehi cuma 82% dari kelajuan sepatutnya.
Ini adalah normal. Jika saya cuma mendapatnya separuh dan ke bawah, itu tidak normal.

Upload Speed

Ini adalah kelajuan ketika upload, iaitu 0.39 mega bit dalam sesaat.
Mengapa kelajuannya sangat kurang berbanding download, adalah kerana rata-rata kita semua lebih banyak download dari upload (seperti yang diceritakan di sini).
Artikel di situ juga menyebut, apa yang disediakan sudah memenuhi keperluan kita sebagai pengguna biasa. Lainlah, jika kita ini pengguna komersial atau bisnes.

Ping

Ping adalah sela masa yang diukur dari server di Internet ke komputer Tuan Puan.
Dari data di atas, kita boleh simpulkan, masa yang diambil dari server di Internet ke komputer saya adalah 42 mili second atau mili saat.
Apabila nombornya lebih besar, masa yang diambil untuk sampai ke komputer kita dari server adalah lebih lama. Dan, lebih banyak data hilang dalam perjalanan.
Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.
Semoga apa yang saya kongsikan membantu Tuan Puan! :)  
 
Wassalam dan jumpa lagi!

6 comments:

  1. ok la tu.. saya pun guna stremyx jugak tapi amik yang 4mbps tapi speed dapat 1.72 je tepon tm buat complain die kata sebab kualiti kabel kurang baik rasa rugi pulak bayar 4mbps tapi dapat tak sampai separuh pun.

    ReplyDelete
  2. Tahniah.. artikel ringkas dan mudah difahami oleh dummy mcm saya. Terima kasih encik or puan..

    ReplyDelete
  3. Bru fhm apa yg di maksud dengan ping

    ReplyDelete
  4. Kalau ping to tinggi,ape punca nye tuan?

    ReplyDelete