Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Tuesday, April 26, 2011

Tips 12 – dapatkan fail anda selepas Word hang

Assalamualaikum dan Apa khabar? :) 

Seperti yang saya janjikan dalam artikel dulu, saya akan kongsi tips macam mana fail temp berguna lagi2, dalam masa kesusahan.

Pernah tak anda hadapi situasi ini. Sedang sibuk2 menaip dalam Microsoft Word, Microsoft Word anda hang, takpun tertutup dengan tiba2. Mesti pernah hadapi kan? Anda dah pun save fail itu pada awalnya, tapi anda terlupa untuk save selalu fail anda, sampailah Word hang.

Jangan risau, untuk pengetahuan anda, Microsoft Word yang baru, ada fungsi auto-save dalam sekian2waktu. Jadi, bila anda hadapi situasi ini, perkara pertama yang anda kena buat ialah


Buka Kembali Microsoft WordPERHATIAN – JANGAN Buka Fail Yang Anda Dah Save Terlebih Dahulu!!!
 
(Jika Anda Dah Pun Buka Fail Yang Anda Dah Save Awal2 Tadi, Saya Tak Berapa Jamin, Tips Ini Akan Menjadi)

Selepas anda buka Word, cuba lihat di sebelah kiri anda. Satu menu yang ada tulisan Restore akan muncul. Beberapa fail akan disenaraikan di bawahnya. Mungkin juga hanya satu fail yang ada.Fail anda mungkin tersenarai di antaranya.

Cuba klik fail tersebut, dan anda boleh lihat di paparan utama, setakat mana Word berjaya simpan fail anda. Sekurang2nya, anda tak perlulah menaip semula kan? Apa2 pun, nasihat dari saya, selalulah save fail anda. Kali pertama save, gunakan mouse untuk pilih Save As. Untuk seterusnya, hanya tekan butang CTRL serentak dengan S.

Tips ini juga berguna untuk mana2 aplikasi Microsoft Office yang baru. Yang lama2, saya tidak berapa pasti, seperti versi 97 ke.

Selamat mencuba!! Lepas ini, tak perlulah tensen2 bila komputer hang

No comments:

Post a Comment