Monday, April 11, 2011

Gambar MTQ Sekolah Rendah / Menengah Peringkat Bintulu 2011

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baru dapat update blog, Semalam memang tak sempat buka laptop sebab masih terasa letih & penat sehingga sampai di rumah (SK Kampung Nyalau) pada jam 7.10 malam semalam. Jadi, kamek cuma berehat seketika, Solat, makan dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Tentang Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Rendah / Menengah Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 1432H / 2011M yang telah berlangsung semalam, alhamdulillah ketiga-tiga peserta kita telah pun mengikuti pertandingan Tilawah Al-Quran dan bercerita (kisah dari Al-Quran) untuk sekolah rendah.  Pertandingan berakhir kira-kira jam 12.50 tengah hari dan segala keputusan pertandingan akan di umumkan pada majlis penutupan yang dijangka akan bermula jam 2.30 petang. Tahniah kepada peserta kita yang telah menyertai dan berusaha bersungguh-sungguh ketika pertandingan berlangsung. Insya Allah, tahun hadapan, kita akan menyertai  lagi Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Rendah/Menengah Peringkat Bahagian Bintulu untuk tahun 2012M / 1433H dengan lebih bersemangat dan lebih baik. Aminnn.

 Adik Mohd Luqmanul Hakimie & adik Siti Aisyah bergambar bersama 
sebelum masuk ke dalam Dewan Pertandingan Tilawah Al- Quran

 Kelihatan Adik Mohd Luqmanul Hakimie (77) & adik Siti Aisyah (74) 
sedang menunggu giliran mereka


 Adik Nur Nasfia sedang bercerita tentang kisah Saidatina Khatijah di Perpustakaan SMK Baru



 Khusyuknya adik Nur Nasfia bercerita sehingga terpejam matanya 
sedang mengingat dan menghayati kisah Saidatina Khatijah

 Adik Nur Nasfia bergambar bersama Ustazah Natihah ( Guru pengiring )

 Adik Mohd Luqmanul Hakimie sedang memperdengarkan bacaan surah al-Faathir ayat 15

 
 Adik Siti Aisyah sedang memperdengarkan bacaan surah al-Furqan ayat 19

 Para peserta dan guru pengiring SK Kampung Nyalau bergambar bersama 
selesai pertandingan Tilawah Al-Quran

Adik Mohd Luqmanul Hakimie, adik Siti Aisyah dan Adik Nur Nasfia sedang bergambar bersama di depan pintu utama SMK Baru sebelum meninggalkan lokasi pertandingan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment