Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Saturday, April 16, 2011

Himpunan Kisah Lucu

1) Kesian Makcik nie…

“Satu pagi di stesen keretapi… Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.

Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan… ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…


2) Interview dalam English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…


Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”


3)  Mana Satu

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik… tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya…

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu….

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”


4)  Janda Yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami…. 

Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.
Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya… 

Walaupun…. hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu… 

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, beliau bangun dari katilnya,badannya terasa panas,tekaknya terasa haus.  Beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,sampai di dapur,beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.  Beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya.  Setelah meminum air tersebut,beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula… 

Sekian terima kasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga.
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha…haa…haaa….


5)  Lupa jalan pulang

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. “Tapi sayer ader masalah besar nih….” katanyer. “Apa masalah awak?” DOKTOR bertanyer….. “Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,….saya berada 480km dari umah……..

No comments:

Post a Comment