Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Sunday, April 24, 2011

Buah Yang Aneh Bentuknya...

Kali ni, kamek nak berkongsi tentang buah-buahan yang pelik dan aneh bentuknya serta mungkin jarang dijumpai di Malaysia ( tetapi mungkin ada beberapa jenis buah-buahan yang terdapat di Malaysia). Jom kita melihat dan menghayati....

1. Dulse

 Dulse



Dulse tumbuh di pantai utara lautan Atlantik dan Pasifik. Buah ini kaya dengan mineral, vitamin dan protein yang tinggi. Tumbuh melekat pada batuan di Ireland, Iceland dan Atlantik Kanada. Memiliki daun besar, berwarna merah mawar sehingga merah ungu. Aneh tetapi ia dapat dimakan terus dari batu tempat ia tumbuh. Di Iceland, orang memakannya dengan mentega dan juga digunakan dalam sandwich, sup, pizza, dan lain – lain


2. Buddha’s Hand/Tangan Buddha

 Buddha’s Hand/Tangan Buddha

Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya  seperti jari-jari tangan. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini memiliki kulit tebal dan sedikit isi. Buah ini digunakan oleh Jepun dan China untuk mengharumkan bilik kerana buah ini memiliki bau seperti bau jeruk yang kuat, dalam masakan Barat, buah ini sangat berharga.


3. Horned Melon (Kiwano)

 Horned Melon (Kiwano)

Buah ini memiliki banyak nama: kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly.  Buah ini asli dari Afrika, tetapi juga tumbuh di California, Chili, dan Australia . Di California, buah ini secara luas dikenali sebagai buah Blowfish. Meskipun boleh dimakan, kiwano banyak digunakan sebagai hiasan makanan




4.  Dragon Fruit (buah naga)

 Dragon Fruit (buah naga)

Buah Naga adalah buah sejenis kaktus. Di negara-negara yang berbeza di Asia memiliki nama yang berbeza, iaitu : dragon fruit, dragon pearl fruit, dan strawberry pear. Buah ini mirip dengan kiwi, kerana bijinya hitam yang dapat dimakan mentah dan buah ini rasanya menyegarkan.


5.  Noni Fruit (mengkudu)

 Noni Fruit (mengkudu)

Buah yang nampak aneh ini berasal dari Asia Tenggara, seperti sebahagian besar buah-buahan aneh yang ada di entri ini. Buah Ini memiliki beberapa nama, seperti: Indian mulberry, beach mulberry, cheese fruit, dog dumpling, pace, dan sebagainya lagi. Meskipun tidak diterima oleh bidang perubatan moden, buah mengkudu  digunakan dalam pengubatan tradisional untuk mengubati kejang, menstruasi, ketidakteraturan usus dan infeksi saluran kencing.


6.  Monstera Deliciosa

 Monstera Deliciosa

The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant, monster fruit, atau apapun namanya adalah yang paling umum dikenal sebagai deliciosa monstera. Anggur ini merupakan pokok asli dari Mexico dan Panama. Pohonnya dapat tumbuh sehingga 20 meter. Buah ini berukuran sehingga dengan 25 cm, nampak seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati gout atau gigitan ular.


7.  Yangmei

Yangmei

Yangmei adalah pokok asli Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak ditanam di taman dan kebun. Buah yang menonjol ini memiliki warna merah indah dan rasa manis masam. Di tengahnya Terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.

No comments:

Post a Comment