Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Sunday, May 29, 2011

10 Haiwan Terkuat Di Dunia

1.  Beruang


Beruang ini adalah haiwan dikawasan pergunungan yang terkuat, boleh mengangkat 0.8 kali berat badannya. Berat badan mereka adalah  sekitar 1500 pound dan mampu mengangkat benda seberat 1200 pound.

2. Kepah


Haiwan ini boleh menahan benda seberat 2 kali badannya. Cengkerangnya sangat kuat dibandingkan ukuran tubuhnya.


3.  Anaconda


Haiwan ini boleh mencekik haiwan yang sama dengan berat tubuhnya sampai mati. Berat tubuhnya boleh mencapai sehingga 550 pound.


4.  Gnu


Haiwan ini mampu menarik dan membawa benda 1.5 kali berat badan mereka. Berat badannya mencapai 1300 pound dan boleh  menarik dan membawa benda seberat 2000 pound.

 
5.  Harimau


Haiwan ini boleh mengangkut sesuatu benda 2 kali berat badannya sambil melompat halangan setinggi 10 kaki. Beratnya mencapai 600 pound dan mampu membawa benda seberat 1200 pound.

 
6.  Helang


Helang adalah burung terkuat. Mereka mampu mengangkat benda 4 kali berat badannya sambil terbang.

 
7.  Gorilla


Haiwan ini mampu mengangkat benda 10 kali berat badannya. Beratnya sekitar 450 pound dan mampu mengangkat benda seberat 4600 pound, atau sama dengan 30 orang dewasa.

 
8.  Kerengga 


Semut ini boleh mengangkat benda 50 kali berat badannya, sama seperti seorang yang sanggup mengangkat truk.

 
9.   Gajah


Haiwan ini adalah haiwan mamalia terkuat. Berat badannya boleh mencapai 12 000 pound dan boleh mengangkat benda seberat 20 000 pound, sama dengan 130 orang dewasa.

 
10.  Kumbang Badak


Haiwan ini bukan sahaja serangga terkuat, malah juga merupakan haiwan terkuat di dunia kalau dibandingkan dengan ukuran tubuhnya. Mereka mampu mengangkat benda seberat 850 kali berat badannya.

No comments:

Post a Comment