African Cichlids
Ikan ini dikenali sebagai “Sick-Lids”. Ikan ini ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi, Tanganyika, dan Victoria. Biasanya mereka membesar hingga 6-7 inci, dengan pengecualian untuk Spesies Frontosoa, yang boleh tumbuh sehingga 12-14 inci. Ikan ini adalah ikan air tawar yang biasa ditemui di akuarium rumah.
Parrotfish
Dinamakan demikian kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya yang seperti paruh itu untuk memecah dan memakan invertebrata kecil yang hidup di kawasan terumbu karang. Biasanya mereka akan memakan bunga karang, ketam, udang dan kerang – kerangan.
Regal Tang
Perasankah anda ikan ini antara watak didalam filem Finding Nemo? ikan ini tergolong dalam family Surgeonfish, yang memiliki pisau kecil yang disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutama untuk sistem pertahanan dalam menghadapi pemangsa.
Coral Beauty
Ikan ini tergolong dalam Angelfish. Ikan ini biasa terdapat didalam akuarium rumah dan dapat bertahan hidup dengan baik di habitatnya (hardy species).
Flame Angel
Ikan ini memiliki hubungan dekat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty, tetapi ketahanan tidak ‘seteguh’ Coral Beauty.
Koi
Ikan ini biasa ditemui dipelihara didalam kolam rumah dan pejabat. Penggemar koi rela membayar ribuan dolar untuk seekor koi hanya untuk mencari pola warna koi yang cantik.
Moorish Idol
Ikan ini dikatakan sukar untuk dipelihara didalam akuarium rumah, dan juga sangat mahal harganya. Selain itu, tiada maklumat lanjut tentang ikan ini.
Lion fish
Ikan ini dikenali juga sebagai Zebrafish. Sirip belakangnya itu memiliki racun yang sangat berbisa dan cukup efektif. Orang yang ingin memeliharanya harus berhati – hati semasa membersihkan akuariumnya
Discus
Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang mungkin merupakan ikan air tawar yg paling cantik. Harganya juga mahal, Seekor ikan ini yang panjangnya 3 inchi berkisar antara $50-$80 dollar US.
Mandarin fish
Ada 2 jenis dari spesies ini: Mandarinfish biasa dan Psychedelic Mandarin. Yang biasa memiliki pola dan warna yang lebih bagus dibanding Psychedelic. Yang menjadi masalah untuk memelihara ikan ini adalah makanannya.
No comments:
Post a Comment