Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90
Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan  RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara   dan dipercayai  berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran  dunia.
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Harga   RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa   dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.
Petrol   gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi   yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON   95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97. 
RON 97 pada   suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat   sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009.   Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.-/ Malaysiakini
 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


















 


 
.jpg)
No comments:
Post a Comment