Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Thursday, May 26, 2011

Berita tergempar & sensasi SKKN 2011

Juara Amatur Pemain Badminton Kategori Wanita SKKN 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Betul kata penyambung @ pepatah, " bersukan menyihatkan tubuh badan " , "Bersukan adalah masa untuk mengeluarkan mslh terpendam", Bersukan juga merupakan satu media untuk kita mengeluarkan pelbagai macam apa-apa aja yang ingin kita keluarkan. hehehhehehehe


Tetapi, kata bidalan terbaru dari SKKN pula, "Bersukan juga merupakan satu wadah untuk memperoleh kejuaraan yang berganda.Berdasarkan kata bidalan tersebut, pada petang kemarin, para guru-guru & staff SKKN ( Sebelah petang ) terpilih untuk mengikuti perlawanan antara beregu wanita dengan beregu campuran. Dan kemungkinan perlawanan ini adalah pertama di dunia, sebabnya, kita selalu mendengar beregu wanita dengan beregu wanita, beregu lelaki dengan beregu lelaki dan lain-lain. Tetapi beregu lelaki dengan beregu wanita dan juga lain-lainnya, rasanya tidak pernah di adakan. Tetapi di SK Kampung Nyalau, begitu berani membuat percaturan & percambahan idea. :) Dan di sebabkan ini adalah perlawanan yang pertama di dunia, ia terpaksa diadakan sebelah petang sahaja, sebab pada asalnya nak diadakan atas jam 12 tengah malam, tetapi di sebabkan masalah teknikal, maka dipindahkan waktu nya ke sebelah petang. mcm tu lah....

Berbalik pada yang tadi, perlawanan yang berlaku pada kemarin - 25 Mei 2011 - jam 4.35 petang WSKKN ( yang penting berlaku 2 hari lagi sebelum cuti Pertenggahan Penggal-Mei/Jun 2011 :) ) telah berlangsungnya perlawanan antara pasangan beregu kategori wanita yang diwakili oleh Cik Susan Wah Onn dan Cik Rasmawati bersama pasangan bergu kategori campuran, yang di wakili oleh Abg Salleh dan Puan Shiela. Dipendekkan cerita nya, setelah berlangsung agak lama, akhirnya diputuskan bahawa pasangan beregu kategori wanita yang diwakili oleh Cik Susan Wah Onn dan Cik Rasmawati dinobatkan sebagai pemenang sekaligus Juara Amatur Pemain Badminton Kategori Wanita SKKN 2011. Tahniah kepada Juara Amatur Pemain Badminton Kategori Wanita SKKN 2011 yang diwakili oleh Cik Susan Wah Onn dan Cik Rasmawati. Yang lain, jangan jeles ya, kata mereka. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di paparazi kan pada petang kemarin :


 Pasangan beregu kategori wanita - Cik Rasmawati dengan jelingan maut mantap..

 Pasangan beregu kategori wanita - Cik Susan dengan servis maut nya..

 Pasangan bergu kategori campuran kelihatan bersahaja & selalu senyum

 Pasangan beregu kategori wanita selalu bersiap sedia menghadapi smash maut pihak lawan

 Pasangan bergu kategori campuran dengan selamba mengangkat smash pihak lawan

 Bila dia orang nak smash balik tok

Tunggu kadatangan servis maut sambal pusing

Banyak nar juak orang ambik gambar kamek tok. phewiit !!!

 Eh, apa yg ada di atas nun ??

 Iboh nak jadi Pendustak. jaga kauuuuuuuuu dengan servis ku .......

 Kelihatan Pegawai Pusat memantau perjalanan perlawanan pertama di dunia 
( di sebelah Pasangan beregu kategori wanita )

 Aik, sikda muka orang lain kah.. hehheehee
 ( di sebelah Pasangan bergu kategori campuran )

 Siap - siap jak, Cik Susan mauk smash pantas terangkat di udara


 Kelak kita pakei smash berenang di lautan dengan servis kek lapis......
 
 Confirm sampei di rumah nun !!!


 Jeng Jeng jeng ..........
 
 Kelak kenak lah libasan maut tangan belakang kamek...

 Santai aja bah, dah confirm kamek orang yang akan jadi pemenang nya..

 Antara penonton - penonton yang menonton perlawanan yang amat bersejarah kali ini

 Ramainya melihat kita semua berlawan tok... mantap bah....


 Terima lah Jumping setengah smash ke belakang dari kamek...
 
 Kemenangan pasti di tangan kami. hahahhahhaa

 Servis ke - 40 dari kamek orang.. 

 Eleh, relak jak pakei tangan tok.


Kelihatan Cik Susan serius dengan servisnya yang terakhir dan akhirnya masuk ke tempat lawan serta hasil nya mereka lah yakni pasangan beregu kategori wanita selaku pemenang pada perlawanan yang sangat bersejarah pada petang itu. Atau lebih tepat lagi, mereka di angkat sebagai Juara Amatur Pemain Badminton Kategori Wanita SKKN 2011. Dengan itu, tamatlah perlawanan tersebut dan akan di sambung selepas cuti Penggal Pertama nanti. 


Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment