Sinar HarianBerita  Harian OnlineUtusan  OnlineHarakahSabahdailyThe Star  MelayuSuara  KontemporariHarian  Metro Online SabahkiniBernama  NewsNst OnlineMalay Mail The StarSinar   HarianAljazeera EnglishThemalaysianinsider Republika OnlineTranungkite

Tuesday, May 31, 2011

7 Airport Paling Berbahaya Di Dunia...

Take Off dan Landing merupakan proses yang paling berbahaya bagi sesebuah pesawat. Kerana itu airport bina dan direka untuk mengurangkan risiko  yang  mungkin terjadi semasa proses take off dan landing ini. Dalam entry kali  ini dipaparkan  tujuh airport  yang dikatakan paling berbahaya di dunia.


1.   LUKLA AIRPORT – NEPAL
 

Gunung yang tinggi di satu sisi dan jurang ribuan meter di sisi yang lain. Airport ini sebenarnya terletak di ketinggian 2900 meter dari aras laut dan landasannya pun tidak beberapa panjang

Lukla Airport adalah airport kecil di kota Lukla di timur Nepal. Pada bulan Januari 2008, pemerintahan Nepal mengumumkan bahawa airport tersebut akan diganti namanya menjadi Airport Sir Edmund Hillary, iaitu orang pertama mencapai puncak everest. Airport ini sendiri cukup popular kerana dijadikan sebagai titik awal pendakian puncak Everest.


2.  MADEIRA AIRPORT (MADEIRA)


Madeira Airport dikenal juga sebagai Funchal Airport atau Santa Catarina Airport. Airport ini merupakan airport antarabangsa di  kota Funchal, Madeira. Airport ini mengendali  lalu lintas pesawat   domestik mahupun antarabangsa dari kepulauaan Madeira.

Airport ini pernah tidak disukai kerana landasan yang pendek dan dikelilingi gunung dan lautan luas, menyebabkan  proses take off dan landing sangat sulit walaupun untuk pilot profesional sekalipun.

Panjang landasan aslinya hanya 1.4 kilometer tetapi ditambah lagi 400 meter setelah terjadi kecelakaan pada tahun 1977. Kemudian pada tahun 2003 airport ini dinaiktaraf kembali dengan panjang runway yang ditingkatkan hampir dua kali ganda di atas laut dengan menggunakan tiang- tiang setinggi 70 meter.


3.  BARRA INTERNAsIONAL AIRPORT (BARRA)


Airport ini merupakan satu-satunya airport di dunia yang menggunakan pantai sebagai landasannya. Bila anda ingin mengunjungi pulau ini, anda perlu  menempah tiket pada British airways yang menyediakan perkhidmatan ke Barra dari Glasgow atau Benbecula.

Airport ini akan dipenuhi air bila tiba waktu pasang dan bila anda datang pada air surut  menjelang malam hari, anda mungkin terlihat beberapa kereta diparking dengan lampu yang menyala untuk membantu pilot.


4.  GUSTAF III AIRPORT (ST. BART)


Gustaf III Airport dikenal juga sebagai Saint Barthélemy Airport adalah airport komersial yang terletak di desa  St. Jean di kepulauan Caribbean di Saint Barthélemy. Airport dan nama kotanya dinamakan berdasarkan nama King Gustav III dari Sweden.

Landasan yang berakhir di pantai dan awal landasan yang tertutup oleh bukit membuat airport ini berbahaya bagi pelancong yang berjemur di hujung landasan, walaupun ada peringatan larangan berjemur di lokasi itu.


5.  COURCHEVEL (FRANCE)


Courchevel adalah nama tempat bermain ski di pegunungan Alps, Perancis. Airport ini memiliki beberapa keunikan seperti pendeknya landasan yang hanya 525 m dan darjah kecondongan mencapai 18.5%. Kerana sebab-sebab itu, pilot harus mendarat di landasan yang menanjak dan terbang kearah landasan yang menurun.

Siapa yang pernah mendarat di sini? Salah satunya adalah Pierce Brosnan, sewaktu membintangi filem James Bond “Tommorow never dies” pada pembukaan filem tersebut.


6.  JUANCHO E. YRAUSQUIN AIRPORT (SABA)


Juancho E. Yrausquin Airport adalah satu-satunya airport pulau Saba di kepulauan Caribbean. Aiport ini sangat terkenal dengan bagaimana cara pesawat dapat take off dari landasan.

Yrausquin Airport memiliki hangar  yang besar untuk menerima setiap penerbangan di pulau Saba. Beberapa pakar penerbangan berpendapat bahawa airport ini merupakan salah satu airport paling berbahaya di dunia walaupun tidak ada tragedi besar yang pernah terjadi di sini. Di hujung landasan terdapat huruf X besar yang menandakan bahawa airport ini tidak menerima penerbangan komersial. Bahaya yang digeruni adalah kemungkinan besar pesawat untuk jatuh semasa proses take off.


7.  PRINCESS JULIANA INTERNATIONAL AIRPORT 
     (SAINT MARTIN)


Tidak perlu diterangkan lagi apa bahayanya, lihat saja gambarnya. Landasan ini adalah sangat hampir  dengan pantai yang selalu dipenuhi oleh para pelancong  yang sedang berjemur. Walaupun belum pernah ada kecelakaan serius , tetapi semasa berlepas  mahupun semasa mendarat, hembusan jet panas dari pesawat-pesawat tersebut dapat menyebabkan kecelakaan  kepada pelancong yang berada di sekitarnya.

 
Mengapa airport ini masih digunakan, bahkan mengelola penerbangan komersial yang padat? Jawapannya adalah kerana  lokasi airport ini adalah tempat yang paling selamat untuk penerbangan dari seluruh lokasi yang ada di pulau ini.

No comments:

Post a Comment